suria

Siasatan kes kematian Michael Jackson dilanjutkan 'beberapa bulan' lagi

Kelmarin laporan daripada koroner tidak dapat menyatakan secara spesifik waktu sebenar kematian Michael Jackson. - foto AFP

DETEKTIF yang menyiasat kes kematian Michael Jackson berkata tangkapan hanya akan dibuat beberapa bulan selepas mereka selesai menyiasat kes tersebut.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa doktor peribadi Michael Jackson akan didakwa di mahkamah selepas pihak koroner Los Angeles mengesahkan bahawa kematian Raja Pop itu merupakan kes bunuh.

Polis kini sedang menyiasat Dr. Conrad dan beberapa doktor lain yang terlibat memberikan Michael ubat preskripsi yang berbahaya.

"Kami perlukan masa yang agak panjang sebelum tangkapan boleh dibuat. Kami mahu supaya kes tersebut kukuh sebelum ia dibawa ke mahkamah," kata sebuah sumber.

Dr. Conrad dilaporkan mengaku memberikan ubat penenang yang mempunyai kesan kuat, Propofol, kepada Michael pada hari beliau meninggal dunia.

Kelmarin laporan daripada koroner tidak dapat menyatakan secara spesifik waktu sebenar kematian Michael.

Bagaimanapun menurut Dr. Conrad dia memberikan propofol kepada Michael pada pukul 10.40 pagi dan mendapati dia berhenti bernafas pada pukul 10.52 dan panggilan kecemasan dibuat pada pukul 12.21 tengah hari.

Artikel Sebelum

Artikel Lain