suria

Britney ambil ubat Prozac sejak berusia 18 tahun

Kisah sedih di sebalik kehidupan Britney Spears berbeza dengan kemasyhurannya di pentas nyanyian.
Kisah sedih di sebalik kehidupan Britney Spears berbeza dengan kemasyhurannya di pentas nyanyian.
Kisah sedih di sebalik kehidupan Britney Spears berbeza dengan kemasyhurannya di pentas nyanyian.

SEJAK berusia 18 tahun, Britney Spears mula dipreskripsikan ubat Prozac untuk menangani kemurungan dan serangan panik.

Penyanyi yang menjadi bintang terkenal ketika remaja lagi dan dia mempunyai wajah jelita, berbakat besar, kekayaan berjuta-juta dolar dan kemasyhuran di seantera dunia.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan kehidupan peribadinya kerana dia dilanda kebimbangan yang serius.

Justeru, selebriti itu terpaksa mengambil ubat Prozac ketika remaja lagi.

Semasa konsertnya, 'Oops! I Did It Again' pusingan Eropah pada 2000, Britney mula menghadapi "kebimbangan melampau" pada pertengahan malam.

Dia menghadapi masalah untuk tidur dan asyik menangis. Dia berasa gelisah dan mudah naik radang. Dia biasanya hanya berkelakuan demikian semasa keseorangan.

"Dia berhenti apabila letih," menurut satu sumber terdekat dengan artis bermasalah itu.

Masalah kebimbangannya bukan berpunca daripada ubat-ubatan tetapi keadaan semulajadinya.

Masalah itu bertambah rumit seiring dengan kemasyhurannya.

Artikel Lain