suria

Akhil: Jadilah masyarakat yang mendekati dan bukan penghukum

Ustaz Akil minta masyarakat tidak terus menghukumnya atas keruntuhan rumah tangganya. Foto THE STAR Oleh: CHAN TAK KONG.
Ustaz Akil minta masyarakat tidak terus menghukumnya atas keruntuhan rumah tangganya. Foto THE STAR Oleh: CHAN TAK KONG.
Ustaz Akil minta masyarakat tidak terus menghukumnya atas keruntuhan rumah tangganya. Foto THE STAR Oleh: CHAN TAK KONG.

SHAH ALAM: "Saya cuba tamatkan kemelut dengan cara terbaik dan bertawakal. Apa pun saya dengan kehidupan saya. Orang lain kena hormati.

"Tolong jadi masyarakat yang sentiasa mendekati dan bukan penghukum," ujar penyanyi dan pendakwah Ustaz Akhil Hayy ketika ditemui di Malam Kebudayaan Islam "Wacana Muzikal" di Stadium Malawati, Shah Alam, Jumaat lalu.

Begitulah luahan Akhil mengenai kontroversi rumahtangganya sekarang.

Tambahnya, "Jika mengikut kehendak, ada kehendak manusia yang nak macam ni dan macam tu.

"Kita tak boleh memuaskan hati semua orang kerana kita bukan malaikat.

"Saya harap orang lain memberi ruang kepada orang yang ada masalah."

Akhil yang pada mulanya enggan ditemubual dan berkata 'lepas mahkamah' bijak menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

Ditanya apa yang dia akan lakukan untuk menjernihkan hubungan rumahtangganya, Akhil berkata: 'Saya tak kan komen apa-apa pasal rumahtangga.'

Hakikatnya, hidup mesti diteruskan dan Akhil hanya menerima setiap kritikan orang ramai dengan senyuman.

Menyentuh tentang kerjayanya, Akhil berkata dia sedang menyiapkan album baru sejak tiga bulan lalu.

"Saya selalu menghabiskan masa di studio untuk menyiapkan album dan menghabiskan rakaman program Cafe Akhil Hayy musim kedua yang hanya tinggal satu babak.

"Rakaman program itu dilakukan di sekitar Shah Alam, Bukit Jelutong dan merata-rata tempat yang dramatik," ujarnya yang selesa bercakap mengenai kerjaya berbanding isu tak balik rumah dan keluarga.

Bercerita mengenai album yang dijangka akan diterbitkan dalam tahun ini, Akhil berkata sebanyak empat buah lagu berentak universal telah disiapkan.

"Saya juga telah berbincang untuk berduet dengan sahabat seperti Mawi, Ramli Sarip dan M. Nasir. "Saya tidak terfikir untuk berduet dengan artis wanita," ujarnya yang menyanyikan sebuah lagu baru semasa persembahan sempena Muktamar PAS ke-55 semalam.

Kata Akhil, lagu baru berjudul Menangis itu mengisahkan tentang tangisan 'peribadi' dan 'umum' kerana apa yang berlaku di alam ini.

"Masyarakat menangis..ada yang menangis kerana stadium runtuh, pasaraya runtuh dan keluarga yang hampir runtuh," tuturnya.

Ketika sesi temubual bersama pengerusi majlis, Zaidi Rustam (Wildani), Akhil menjawab 'album di mahkamah' sebelum menyebut dalam nada sinis 'siapa ada masalah keluarga, rujuk-rujuklah media' sambil tergelak.

Akhil juga memberitahu yang lagu dalam album terbarunya diadaptasi dari aura yang tidak kondusif.

"Macamana keadaan seseorang itu diuji tetapi hasilnya ibarat orang yang dibaling batu-bata dan ambil untuk bina istana," ucapnya dengan penuh makna.

Artikel Lain