TIDAK dapat dinafikan ramai pemilik kediaman menjadikan rumah kedua mereka sebagai homestay mahupun AirBnB. Semestinya mereka mendapat hasil daripada perniagaan yang dijalankan itu, tetapi ada yang lupa dalam situasi tertentu jiran-jiran terpaksa berdepan kerenah tetamu yang pelbagai ragam. Berkongsi pengalaman ketika berjiran dengan sebuah rumah yang dijadikan homestay di Melaka, wanita ini mendakwa hidupnya dan keluarga tertekan. Homestay dengan suasana kampung paling digemari. - Gambar hiasan The Star Segalanya bermula apabila kediaman kosong yang terletak bersebelahan rumahnya dibeli oleh seorang individu yang memang berhasrat menjadikan unit itu sebagai homestay. Justeru, binaannya turut diubah suai supaya dapat memenuhi cita rasa dan permintaan penyewa. “Ada orang baru beli rumah sebelah saya dan buat homestay... keadaannya sangat bising, menggangu hidup saya anak beranak. “Dia siap ada pakej kolam renang, barbeque... sini kawasan rumah teres dua tingkat dan tiada pagar berpalang yang ada pengawal,” luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Puluhan tetamu AirBnB ‘tersadai’ tepi jalan sampai malam, penduduk simpati tapi puas hati hak terpelihara ARTIKEL BERKAITAN: “Buat pesta seks ke?” - Pemilik Airbnb terkejut jumpa kondom terabur atas lantai, tin arak penuh dalam rumah Situasi itu membuatkan dia tertekan dan mengalami kemurungan terutama sekali apabila terdapat pengunjung baharu yang mendaftar masuk. Malah katanya, dia dan keluarga tidak dapat hidup dalam keadaan aman serta sering tidak cukup rehat disebabkan masalah yang timbul. “Setiap hari saya sedih, kemurungan... setiap kali ada pengunjung sebelah check-in, saya stres dan tak dapat berehat dengan baik. “Hujung minggu, pukul 6 pagi anak-anak pengunjung dah terjun kolam menjerit-jerit. Barbeque sampai lewat malam,” tambahnya lagi. Tak perlu stres, kalau semua aduan dan laporan tak jalan... pertimbangkan untuk jual rumah tu dan berpindah ke tempat yang lebih baik. WARGA MAYA Menurutnya, sejak berdepan situasi tidak menyenangkan seperti itu, dia sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun malangnya tiada tindakan yang diambil melainkan menampal notis denda bising sahaja. Apabila laporan polis dilakukan, pihak berkenaan meminta perbincangan dilakukan dengan jiran terlebih dahulu. “Jiran tak duduk sebelah, hanya upah pekerja untuk kemas sahaja. Teguran direct pun dah dibuat, tapi jiran tak ambil peduli,” tambahnya lagi. Merupakan satu-satunya aset yang dimiliki, wanita ini tidak yakin impian untuk tinggal di situ dalam keadaan selesa dan tenang sehingga akhir usianya akan tercapai sekiranya jiran terus mengusahakan homestay. Netizen memberikan pandangan masing-masing. Baginya, bayaran bulanan hampir RM2,000 untuk kediaman berkenaan seolah-olah sudah tidak berbaloi lagi. “Saya ni pendapatan biasa sahaja... ini satu-satunya rumah saya ada. “Sebulan bayar RM1,800, ingat nak hidup aman sampai ke tua... tapi jadi hal ni,” luahnya sayu. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya dan kebanyakannya bersimpati dengan nasib yang dialami. Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya dia berpindah dan menjual kediaman berkenaan. “Tak perlu stres, kalau semua aduan dan laporan tak jalan... pertimbangkan untuk jual rumah tu dan berpindah ke tempat yang lebih baik. “Lapor bomba dulu. Kalau tak ada kelulusan, PBT boleh arahkan tutup. “Sepatutnya homestay di kawasan perumahan ni bil elekrtik dan air kena ikut tarif sama dengan bangunan. “Pergi bercuti, buka speaker kuat-kuat kemudian tinggalkan. Buat dalam satu atau dua hari,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube