suria

“Buat pesta seks ke?” - Pemilik Airbnb terkejut jumpa kondom terabur atas lantai, tin arak penuh dalam rumah

Keadaan rumah sewa selepas pelanggan mendaftar keluar.

SIKAP bertimbang rasa dan hormat menghormati antara satu sama lain perlu ada dalam diri semua individu tidak kira di mana pun kita berada.

Sama juga halnya tentang adab menggunakan harta orang lain yang disewa kerana ia perlu dijaga dengan baik.

Namun malang bagi seorang pemilik Airbnb apabila terkejut melihat keadaan rumah yang ditinggalkan penyewa.

Dapur ditinggalkan bersepah dan bekas makanan tidak dicuci semula.

Menerusi perkongsian Farrah di Facebook, dia menunjukkan beberapa bahagian rumah seperti dapur, ruang tamu dan bilik tidur yang dibiarkan kotor dan bersepah.

Dapat dilihat dalam beberapa keping foto dikongsikan ialah makanan yang sudah basi dibiarkan di dalam periuk, pinggan tidak dicuci serta meja makan ditinggalkan semak.

Lebih menyakitkan hati lagi apabila turut kelihatan kondom yang sudah digunakan serta botol dan tin minuman keras berselerakan di merata tempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sewa mahal tapi dapat bilik air bau hancing, aircond bocor... Wanita ini ‘spill’ lokasi vila, makin geram tak mahu pulangkan deposit!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPT buruk perangai, rumah sewa jadi pusat sampah... Penyewa nak pitam jumpa ‘bong’ syabu, seluar dalam reput atas lantai!

“Betul-betul dia parti (berpesta) dan hancur teruk terus rumah. Dengan berbau teruk, lantai melekit, kondom merata-rata, rumah penuh dengan botol arak,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai yang bersimpati dengan nasib pemilik kediaman.

Lantaran itu sesetengah daripada mereka memberi cadangan supaya Farrah hanya membenarkan keluarga Muslim sahaja untuk menyewa di premisnya.

Kondom dan arak dibiarkan kepada penyewa.

Turut menjadi perhatian netizen adalah mengenai kondom yang sudah diguna pakai dibiarkan tergantung dalam bilik air.

Malah ada yang mendakwa penyewa mengadakan pesta bersama kaum lelaki sahaja berdasarkan keadaan rumah yang terlalu bersepah.

“Adakah kondom dekat paip tu? My goodness!

Berbau teruk, lantai melekit, kondom merata-rata... rumah penuh dengan botol arak.

FARRAH

PEMILIK AIRBNB

"Mereka buat pesta seks ke apa? Hancur la jadinya. Lepas tu nanti acah-acah sedih kalau dapat penyakit STD, HIV bagai.

“Yang pesta semua jantan... jadi saya faham kalau rumah serupa kapal pecah.

“Ini memang sangat teruk. Kualiti penyewa makin menurun. Ramai ambil kesempatan dengan rumah orang,” ujar netizen.

Komen netizen pada hantaran Farrah.

Bagaimanapun kata Farrah dia sudah membuat tuntutan bayaran kepada penyewa tetapi tiada maklum balas.

Namun dia lega apabila pihak Airbnb sudah membuat bayaran tuntutan tersebut kepada Farrah bagi pihak penyewa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain