suria

Dulu satu Bukit Bintang je kenal, kini sampai ke Bandar Seri Begawan! Pelukis jalanan ini bangga karya sampai ke tangan Sultan Brunei

Karya Putra berjaya diserahkan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

"IBARAT mimpi menjadi kenyataan!"

Itulah kata-kata yang diluahkan pemuda ini apabila potret wajah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hasil karyanya berjaya diserahkan kepada baginda.

Tidak terungkap rasa syukur bercampur bangga dengan salah satu pencapaian terbaiknya sepanjang bergelar pelukis, pemuda bernama Putra Aqmal Danish berkata apa yang berlaku menjadi kenangan manis yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Bercerita dengan mStar, dia yang senang disapa Putra turut berkongsi perjalanan kisah penghasilan potret tersebut sehinggalah tiba waktu ia diserahkan kepada baginda, baru-baru ini.

"Sebelum ini saya pernah melukis potret Sultan Selangor di Matic untuk Generasi International Art Show 21 tapi tiada sambutan dari rakyat kita.

"Jadi ada client cuba bagi cadangan untuk lukis dan hadiahkan kepada Sultan Brunei sempena hari keputeraan baginda.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa pembaris, tanpa pensel pelukis hasilkan potret Agong, Tunku Azizah - Pemilik nama pena Teme Abdullah mahu kekal rahsia identiti diri

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh tidur lepas dapat tweet Tunku Azizah jam 1 pagi, pemuda ini impi serah 'by-hand' karya seninya - “Dah lama pendam nak lukis tapi sibuk”

"Saya melukis selama tiga bulan untuk siapkan dua potret baginda, di samping saya melukis juga potret-potret yang lain untuk client saya.

"Karya lukisan baginda memakai baju tentera dihadiahkan kepada baginda, manakala lukisan baginda memakai baju rasmi istana, saya dapatkan tandatangan baginda dan dapat membawa balik ke Malaysia untuk pameran seterusnya," ujar pemuda berusia 19 tahun ini.

putra 2

Putra mengambil masa kira-kira tiga bulan menyiapkan dua potret Sultan Hassanal Bolkiah.

Namun menurut Putra, dia tidak dapat menyerahkan sendiri karya tersebut kepada Sultan Hassanal Bolkiah di Brunei kerana kekangan tertentu.

Sungguhpun hanya diserahkan oleh wakilnya, Putra berkata dia sangat bersyukur apabila melihat karyanya berada di tangan salah seorang idolanya.

"Saya banyak baca tentang Sultan Brunei. Baginda amat disenangi rakyat Brunei dan baginda selalu keluar dari istana untuk berjumpa dengan rakyatnya sendiri," ujar pemuda yang berasal dari Rawang, Selangor ini.

Saya nampak di jalanan ramai remaja yang kurang berdikari dan tidak mempunyai semangat diri, ini membuatkan saya motivasikan diri sendiri.

PUTRA

Melihat perkongsian video-videonya di aplikasi TikTok, Putra yang gemar melukis di jalan (street) sekitar Bukit Bintang nyata mengkagumkan ramai dengan bakat yang dimilikinya.

"Saya mula melukis sejak umur lima tahun tapi sudah berkarya di jalanan sejak berusia 14 tahun. Saya mewarisi bakat ini daripada papa saya.

"Apabila saya nampak di jalanan ramai remaja yang kurang berdikari dan tidak mempunyai semangat diri, ini membuatkan saya motivasikan diri sendiri.

"Secara tak langsung menunjukkan kepada mereka walaupun di jalanan tetap boleh berjaya," ujarnya yang pernah merangkul tempat pertama pertandingan melukis anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sewaktu berusia 15 tahun.

putra 4

Putra sering berkarya di Bukit Bintang.

Tidak menyangka perkongsian video di TikTok yang memaparkan karyanya diserahkan kepada Sultan Brunei menjadi tular, Putra dalam pada itu melahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan warga maya.

Untuk rekod, video tersebut sehingga kini meraih lebih 267,000 jumlah tontonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain