suria

Puluhan tetamu AirBnB ‘tersadai’ tepi jalan sampai malam, penduduk simpati tapi puas hati hak terpelihara

'Tetamu' yang tidak dibenarkan masuk didakwa sebagai rombongan sekolah.

PELABURAN hartanah semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana mampu mendatangkan keuntungan berlipat ganda sekiranya ia diuruskan dengan cara yang betul.

Selain dijadikan rumah sewa, kebanyakan pelabur lebih gemar menjadikan kediaman tambahan mereka sebagai inap desa, homestay mahupun AirBnB yang semestinya memberi pulangan.

Bagi unit sewaan yang lokasinya terletak di taman perumahan mahupun kawasan kampung, ia mungkin tidak mengganggu jiran tetangga sekiranya penyewa datang dalam kumpulan yang ramai.

Mereka terpaksa duduk di tepi jalan laluan masuk ke apartment berkenaan sehingga malam.

Mereka terpaksa duduk di tepi jalan laluan masuk ke apartment berkenaan sehingga malam.

Namun, apabila berada di kawasan strata, kehadiran penyewa dalam jumlah yang ramai akan mengganggu jiran tetangga kerana situasi pastinya bising selain penyalahgunaan kemudahan.

Disebabkan itu, bahagian pengurusan di beberapa kawasan telah menghalang perkhidmatan seperti AirBnB dijalankan bagi melindungi hak penduduk setempat selain faktor keselamatan.

Seperti video tular baru-baru ini, ketegasan pihak pengurusan dalam hal ini menyebabkan puluhan tetamu di sebuah apartment di Perak ‘tersadai’ di tepi jalan sehingga malam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat pesta seks ke?” - Pemilik Airbnb terkejut jumpa kondom terabur atas lantai, tin arak penuh dalam rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Individu tempah Airbnb terselamat dari ditipu, dapat hidu helah scammer! Buat aduan terus dapat refund, tapi ada syaratnya

Kesemua mereka dihalang oleh pengawal keselamatan meskipun tempahan telah lama dilakukan.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan, seorang individu berkongsi di TikTok menyatakan pihak pengurusan apartment berkenaan telah menyekat sebarang aktiviti berkaitan perkhidmatan AirBnB mahupun homestay.

“Sudah tempah homestay di The C*** tapi tak boleh masuk kerana bermula 3 Mei 2023, mereka sudah banned AirBnB dan homestay... kesian semua orang tu,” katanya.

Kawasan apartment rumah kakak saya pun ada yang buat. Habis rosak kemudahan, berak dalam kolam dan buang sampah merata.

WARGA MAYA

Situasi yang berlaku itu membuatkan warga maya tampil dengan pandangan masing-masing sehingga tercetusnya perdebatan.

“Kalau dah AGM sekat homestay dan AirBnB... habislah pengusaha, pemilik yang bantah suka tempat mereka jadi tempat jin bertendang.

“Kesian... tapi begitulah, The C*** kawasan persendirian bukan tempat penginapan untuk percutian.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

“Tempat tu pun banyak unit kosong yang orang tak duduk sebab beli untuk buat pelaburan, tapi apakan daya dah tak boleh buat AirBnB... rugi kadar faedah pun dah lebih 70 peratus.

“Kawasan apartment rumah kakak saya pun ada yang buat. Habis rosak kemudahan, berak dalam kolam dan buang sampah merata,” ujar beberapa warga maya.

Menurut segelintir netizen lagi, kewujudan perkhidmatan sewaan sementara seperti itu boleh menyebabkan harga rumah merosot disebabkan berlaku kerosakan dan isu keselamatan.

Tidak kurang juga yang menyalahkan pihak pengurusan kerana lambat menguatkuasakan larangan perkhidmatan berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain