suria

Nak penapis air, tapi liat bayar hutang! Gadis ini menangis call makcik-makcik di kampung, rupanya anak guna daftar nama ibu

Syafiqa hanya bertahan seminggu berkhidmat sebagai pengutip hutang.

SETIAP kerjaya mempunyai cabaran yang tersendiri.

Seorang wanita tular di TikTok apabila berkongsi pengalamannya bekerja sebagai pengutip hutang atau debt collector sejurus menamatkan pengajian.

Menurut Syafiqa Humaira, tugas tersebut membuka matanya tentang sikap boros segelintir rakyat Malaysia yang sanggup berhutang demi memiliki penapis air berjenama di kediaman masing-masing.

file7kwnywkm0fb1a9cm95u

Bekalan air bersih merupakan keperluan utama di setiap kediaman. -Gambar hiasan

"Pengalaman aku kerja sebagai debt collector, pengutip hutang atau nama sedap dia recovery officer. Aku tahu siapa yang tak bayar hutang penapis air berjenama tu ya. Jaga-jaga.

"Ni waktu aku fresh grad. Masih mencari kerja, struggle. Jadi aku dapat tawaran debt collector terus aku grab je. Malas nak pilih kerja. Janji dapat pengalaman.

"Ramai ek dalam kalangan orang Melayu ni tak bayar hutang. Paling sedih dia beli dan daftar atas nama mak dia kat kampung yang tak tahu apa tu, tapi anaknya yang pakai barang tu," ujarnya.

Aku tak mampu nak kutip hutang lebih-lebih lagi melibatkan orang tua.

SYAFIQA HUMAIRA

Menerusi pendedahan itu, Syafiqa mengakui sedih apabila mengenangkan nasib ibu-ibu yang sudah berusia di kampung 'terjerat' dengan hutang anak-anak mereka.

"Bila kita telefon, makcik ni jawab Anak makcik tak duduk kampung dengan makcik. Lama tak balik sini. Tak pernah makcik guna penapis air.

"Makcik kata dia tak ada duit sekarang tapi nanti dapat duit dia nak bayar sikit-sikit," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemaruk guna iPhone, sanggup buat pinjaman lebih RM4,000... Akhirnya merungut sengsara bayar hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ‘ajar’ penjual Pakistan datang rumah nak kutip hutang, ibu jadi mangsa paksa beli - “Orang tua boleh kau gula-gulakan”

Menurut Syafiqa, pengalaman itu ternyata memberi kesan kepada emosinya sehingga dia hanya mampu bertahan selama seminggu menjalankan tugas sebagai pengutip hutang.

Malah katanya lagi, dia tidak mampu untuk berperwatakan tegas ketika berhubung dengan penghutang sebagaimana yang diminta oleh majikannya.

"Balik kerja nangis terus aku kat suami. Sedih tengok makcik tu. Aku tak mampu nak kutip hutang lebih-lebih lagi kalau melibatkan orang tua.

"Kami pula ada KPI (petunjuk prestasi utama). Siap kena tegur dengan manager, jangan lembut sangat suara tu. Garang dan tegas. Saya tak boleh buat, cukup seminggu kerja saya berhenti," ujarnya.

file7dxpihfkaapntyor4fp

Urus kewangan dengan bijak agar tidak terjerat dengan hutang. -Gambar hiasan

Dalam perkongsian sama, Syafiqa turut bercerita tentang seorang lagi lelaki yang enggan membayar hutang meskipun perkara itu bertentangan dengan ajaran Islam.

"Ada seorang lelaki yang berhutang ni cakap Suka hati saya la nak bayar ke tidak. Amboi-amboi air tu masuk perut jadi darah daging tau. Tak takut ek?

"Tapi aku tak kuat untuk kerja ni. Gaji memang lumayan tapi tak apalah. Orang hutang pun aku malas nak minta.

"Itulah secebis kenangan bekerja aku sebagai pengutip hutang dulu. Alhamdulillah sekarang dapat kerja yang lebih okay," katanya.

air2

Syafiqa gagal bertahan lama dalam kerjaya itu.

Perkongsian Syafiqa menerusi TikTok meraih hampir 100,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen daripada netizen termasuklah yang pernah bekerja sebagai pengutip hutang.

"Saya pengutip hutang. Memang geram gila dengan orang yang liat bayar, lebih-lebih lagi kerja dengan kerajaan. Letih setiap bulan nak ugut bagai.

"Saya pun bekas pengutip hutang. Dulu kutip hutang-hutang penapis air yang terkenal di Malaysia. Memang 90 peratus yang berhutang adalah bangsa sendiri.

"Rindunya kerja collector. Tapi memang kena garang dan ganas sikit kerja ni sebab ramai manusia liat," ujar beberapa individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain