suria

Memori pahit di Cameron Highlands! Bayi gelak dianggap bising, wanita diusir jam 12 tengah malam terkial-kial cari hotel lain

Seorang wanita mendakwa dia dan keluarganya teraniaya ketika menginap di sebuah hotel.

MUSIM cuti sekolah tiba lagi dan pastinya pusat peranginan menjadi tumpuan ramai.

Namun begitu, ketika hotel berlumba-lumba menawarkan servis dan layanan terbaik kepada pelancong, ada juga yang kurang mementingkan aspek ini.

Begitulah kisah yang dikongsikan seorang wanita yang bermalam di sebuah hotel di Cameron Highlands, Pahang dan mendakwa mendapat pengalaman yang kurang memuaskan.

Perkongsian asal di Facebook.

Melalui satu perkongsian di Facebook, wanita itu mendakwa layanan daripada staf hotel terbabit adalah kasar dan tidak mesra pelanggan.

"Kami mula masuk bilik macam baru pindah sebab rumah kosong tak ada apa. Kipas dan televisyen tak ada, tapi kami tak kisah sebab memang dah ditulis dalam website keadaan macam tu.

"Cuma layanan staf di lobi macam warden asrama. Biadab! Tiap kali aku nak balik bilik, dia tengok aku lain macam. Kami ada duduk dekat taman hotel, kalau tarik kerusi sampai bunyi pun dah kena tenung.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sanggup bayar kereta mewah, menginap tiga buah hotel 5 bintang sepanjang bercuti di Langkawi... percutian sweet dengan ibu tercapai!

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara pengunjung pengotor, hotel cantik jadi huru hara! Staf housekeeping kena hadap juga sebab dah dibayar gaji

"Lot parkir tak banyak, kena pandai cari sendiri," tulis wanita itu mengenai ketidakpuasan hatinya.

Lebih membuatkan dia runsing apabila mendakwa anaknya yang berumur setahun menjadi sasaran staf hotel untuk mencari kesilapannya.

"Tengah-tengah kami rehat dalam bilik hotel, ada seorang individu ni datang ketuk pintu bilik. Aku tanya dia apa yang kami boleh bantu. Dia kata ada dengar budak menangis tadi, macam agak mengganggu.

Bayangkan pukul 12 tengah malam aku bawa keluarga aku pergi cari hotel.

PELANGGAN HOTEL

"Padahal anak aku tengah main gelak-gelak. Bayi baru setahun je, bising macam mana je dia boleh buat," kata wanita itu memberikan ulasannya.

Terasa hati dengan tindakan individu terbabit, wanita itu turun ke lobi hotel untuk mendapatkan penjelasan.

"Aku turun dan tanya seorang staf ni dengan baik-baik. Aku tanya ada terima apa-apa aduan ke dari penginap di aras aku. Dia cakap, ada.

"Tiba-tiba, tanpa segan silu, staf tu pula tengking aku, dia tanya aku ada masalah apa sampai nak turun bawah ni? Aku cakap aku ada hak dan penginap lain tak sepatutnya pergi ketuk bilik macam tu.

Keadaan di dalam bilik hotel yang didiami wanita ini.

"Lepas tu dia melenting. Dia kata aku tak pandai jaga anak sebab biar bayi bising. Dia tanya kalau anak aku menangis pukul 1 pagi nanti macam mana dan nak buat apa. Waktu tu dah nak tengah malam.

"Staf tu kata kalau aku tak boleh ikut peraturan hotel, aku boleh pilih untuk keluar," jelas wanita itu.

Berang dengan ugutan untuk dihalau daripada hotel, wanita itu mula meragui polisi tempat penginapan berkenaan.

"Aku tanya dia balik, dalam hotel ada sebut ke pasal tak boleh bawa bayi. Dia kata tak ada. Aku persoalkan apa solusi yang penginap ada kalau bayi menangis tengah malam.

Hospitaliti di sesebuah hotel itu seharusnya dijaga. -Gambar hiasan

"Dengan televisyen pun tak ada, orang batuk dalam bilik pun boleh dengar kalau macam tu. Kemudian dia balas balik yang waktu nak booking ada minta letak berapa ramai orang dewasa dan kanak-kanak.

"Tiba-tiba pula kau nak charge untuk bayi. Tiba-tiba pula salah aku. Waktu aku nak daftar masuk bilik, kau nampak aku ada bawa bayi, kau lepaskan pula," tempelak wanita itu hilang sabar.

Enggan bertoleransi dengan sikap kakitangan hotel berkenaan yang dianggap kurang ajar, wanita itu memutuskan untuk meninggalkan tempat penginapan tersebut pada malam itu juga.

"Aku dah geram dia belit itu ini. Aku minta pulangkan duit, dia kata pergi minta dekat website tempahan hotel sana. Aku check out, bawa semua barang, cari hotel lain.

Sebahagian komen di Facebook.

"Bayangkan pukul 12 tengah malam aku bawa keluarga aku pergi cari hotel," katanya mengakhiri perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengatakan ada baiknya untuk memilih hotel yang dikenali umum berbanding hotel bajet.

"Inilah antara sebab aku memilih hotel yang dah established, kalau hotel murah ni biasa layanan servis dia ala kadar je. Padanlah dengan harga.

"Bayar rendah maka layanan pun 'rendah'. Kita tak boleh nak harap layanan hotel lima bintang pula," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain