suria

Bukan main mendabik dada mengaku cipta jala, bakal jual di pasaran Amerika 1 Jun... mat salih diserang tentera bawang Malaysia

Individu berkenaan mencuba jala 'ciptaannya' dan memuat naik video di TikTok.

AWAS, jangan main-main dengan 'tentera bawang' (netizen) Malaysia!

Jika tidak, tanggunglah nasib seperti seorang mat salih ini yang 'tersilap langkah' memuat naik satu komen di video yang dikongsikannya di TikTok.

Menerusi laman berkenaan, lelaki dikenali sebagai Kyle Naegeli memuat naik beberapa video di akaun miliknya, @thefishwhisperer1 yang memaparkan dirinya menangkap ikan dengan menggunakan jaring ikan (castnet).

Peralatan dan teknik yang digunakannya tidak ubah seperti jala ikan, yang biasa digunakan oleh para nelayan di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Kelihatan berpuluh-puluh ekor ikan dan udang berjaya dinaikkan oleh lelaki berkenaan, sekali gus membuatkan para pengikutnya kagum.

Ini kerana dalam perkongsian video yang lain sebelum ini, lelaki berkenaan dilihat hanya menggunakan joran untuk menangkap ikan.

jala 1

Jala yang diiklankan di media sosial lelaki berkenaan.

"Did you make that net? I want one with chains like that. (Awak yang buat jaring itu? Saya mahu satu dengan rantai seperti itu)," komen salah seorang pengikutnya pada satu video yang tular.

"Yes, I designed it. (Ya, saya yang menciptanya)," tulis Kyle membalas komen berkenaan, yang kemudian dipuji oleh pengikutnya bahawa rekaannya sangat hebat.

Malah menerusi laman Instagram, Kyle turut memberitahu 'rekaannya' akan memasuki pasaran dalam talian pada 1 Jun ini, dan akan dijual pada harga USD49.99 (RM230).

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan mat salih ‘diserang’ tentera bawang Malaysia, nasi lemak trending di Twitter - “Saya tak berniat mahu menyinggung sesiapa”

ARTIKEL BERKAITAN: Minah salih perlekeh Malaysia, bandingkan dengan AS... ‘Pak Arab’ TikTok tolong back-up! Tentera bawang pun tumpang sekaki

Bagaimanapun, kenyataan Kyle mengundang rasa kurang senang warga maya di negara ini kerana dia seolah-olah 'mendabik dada' mengaku peralatan tersebut adalah hasil ciptaannya.

"Ini nama dia jala. Orang putih konon dia la invented benda ni padahal orang Asia dah berzaman ada benda ni.

"Kamu patut jangan 'over-claim' konon menciptanya. Ia dah digunakan oleh nenek moyang kami berabad lalu. Tak semuanya datang dari Amerika Syarikat.

Kami dah lama gunakannya sebelum nenek moyang kamu datang menjajah.

NETIZEN

"Ohh design hang (kamu) ka?

"Kamu cuba Google 'jala'. Kamu boleh dapat dengan harga yang murah.

"Kami dah lama gunakannya sebelum nenek moyang kamu datang menjajah," demikian antara komen netizen.

komen jala

Sebahagian daripada komen netizen yang 'menyerang' TikTok mat salih berkenaan.

Bagaimanapun salah seorang pengikut Klye cuba mempertahankannya dan berkata bahawa peralatan seperti itu tidak pernah wujud di Amerika Syarikat.

"Ya, tapi dia guna perkataan 'merekacipta'. Jangan cakap dia yang menciptanya," komen netizen.

Untuk rekod, tiga video 'menjala' ikan yang dimuat naik lelaki kulit putih berkenaan meraih antara 110,000 hingga 1.6 juta jumlah tontonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain