suria

[V] Minah salih perlekeh Malaysia, bandingkan dengan AS... ‘Pak Arab’ TikTok tolong back-up! Tentera bawang pun tumpang sekaki

Samii (kanan) tumpang berbangga dengan bangunan ikonik Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas.

BOLEH dikatakan kebanyakan orang Barat beranggapan Malaysia sebuah negara yang kecil, mundur dan bertaraf 'negara dunia ketiga'.

Malah usah terkejut, kerana ada juga dalam kalangan mereka yang tidak pernah mengetahui kewujudan Malaysia di peta dunia!

Namun bagi warga asing yang pernah melancong ataupun memilih untuk berhijrah ke Malaysia kerana melanjutkan pelajaran atau bekerja, rata-ratanya mengagumi negara yang disifatkan seperti 'syurga dunia' ini.

Begitu juga dengan seorang lelaki berbangsa Arab ini yang sudah berhijrah dari Australia dan bermastautin di Malaysia sejak 2017.

Menerusi akaun TikTok Samii The Solo Traveller, dapat dilihat lelaki tersebut banyak berkongsi video mengenai kehidupannya di Malaysia malah memuji keistimewaan negara ini berbanding bumi kanggaru itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jejaka Perancis tak tahu Malaysia wujud, baru 2 bulan di sini terus label syurga dunia! Kagum ada pantai lebih indah dari Maldives

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia negara dunia ketiga? ‘Minah Salih’ jalan di Pavilion buktikan kepada rakan Amerika negara kita tak mundur

"Sejak 2017, pertama kali saya datang ke Malaysia, saya sering mempunyai rasa dimiliki, rasa selamat dan rasa gembira. Satu yang Australia tak pernah beri.

"Saya bersyukur kerana menemui zon selamat saya, dengan rakyat yang hebat dan indah," kongsinya dalam satu video, menjelaskan mengapa dia memilih untuk meninggalkan Australia dan bermastautin di Malaysia.

samii 1

Samii berkelana ke Malaysia sejak 2017.

Namun dalam salah satu videonya yang lain, seorang wanita warganegara Amerika Syarikat meninggalkan komen yang dianggap sangat tidak beradab.

"Malaysia has nothing on the US. Not a flex (Malaysia tiada apa yang setanding dengan Amerika Syarikat)," tulis wanita yang menggunakan akaun TikTok @bkat59.

Bagaimanapun, Samii menerusi satu video berasingan membalas komen wanita berkenaan menerusi satu video berbaur sindiran.

Jangan hina Malaysia, kalau tak nak kena hina balik kaw-kaw.

NETIZEN

Dalam video tersebut, ia memaparkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang bergemerlapan dengan cahaya pada waktu malam.

"At least our twin tower are still standing (Setidak-tidaknya, menara berkembar kami masih teguh)," tulis Samii dalam nada sindiran, merujuk kepada menara World Trade Center (WTC) di AS yang runtuh menyembah bumi dalam insiden 11 September 2001.

Video Samii sehingga kini meraih 2.4 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Malah dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong tindakan Samii dan terhibur dengan cara lelaki berkenaan menyindir kembali wanita warga AS tersebut.

komen samii

Netizen menyokong Samii dan 'menyerang' minah salih berkenaan di ruangan komen.

Sementara itu, salah satu video wanita tersebut juga menjadi sasaran 'serangan' netizen Malaysia.

"Dia tak tahu netizen Malaysia power macam mana.

"Jangan hina Malaysia, kalau tak nak kena hina balik kaw-kaw.

"Nak start perang DM aku!," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain