suria

Wartawan mat salih ‘diserang’ tentera bawang Malaysia, nasi lemak trending di Twitter - “Saya tak berniat mahu menyinggung sesiapa”

Posting Katie mengenai nasi lemak yang disajikan kepadanya semasa menaiki sebuah penerbangan menimbulkan rasa kurang senang rakyat Malaysia.

GARA-gara mengkritik nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat penerbangan British Airways, seorang wanita 'mat salih' disekolahkan netizen di Twitternya.

Katie Morley membuat perkongsian mengenai menu nasi lemak yang disifatkannya sebagai hidangan paling teruk pernah dinikmatinya dalam perjalanan selama 13 jam dan ia menjadi tular.

Malah wanita yang bekerja sebagai wartawan di sebuah agensi antarabangsa itu turut memberi rating 0/10 terhadap hidangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah isteri mengidam selesai! "Dua bungkus dia makan, rakyat Malaysia memang terbaik"

ARTIKEL BERKAITAN: Nasi lemak dah dapat, kini mengidam burger pula... mat salleh nak ‘terbang’ lagi... kali ini 16,000km dari UK ke KL

"Persembahan yang teruk! Ikan bilis di dalam pesawat dalam apa jua bentuk bukan idea yang bagus. Bau amat dahsyat," katanya.

Rata-rata kurang senang dengan perkongsian Katie yang dianggap menghina hidangan popular dalam kalangan rakyat di negara ini.

"This is Malaysian food. Nasi lemak... Nasi lemak ayam. Nasi lemak kerang... Nasi lemak udang... nasi lemak singgit... nasi lemak royal. The one you got is nasi lemak instant," kata Sham.

Katie Morley.

"Tak suka nasi lemak? BA patut letak nama menu itu Nasay Le Marc?" tulis Alwyn.

"Please jangan derhaka dengan makanan nenek moyang kami. Hangpa ingat pancake tepung goreng dalam belanga tu 'teqa' mana sangat? Babap kang," kata Nijamm.

"Why the heck British Airways served this dish? Btw guys, that is not nasi lemak. No freaking way. Awful looking dish. Euw.... Malaysia nasi lemak is better looking and the taste girl I tell you. Come to Malaysia and experience the nasi lemak yourself," kata Qemall.

Ramai rakyat Malaysia memberitahu makanan yang saya tweet sebelum ini adalah menu popular kebangsaan. Saya tidak berniat mahu menyinggung sesiapa.

KATIE MORLEY

WARTAWAN

"Kau belum makan lagi nasi lemak dengan sambal sotong, rendang kerang, ayam goreng berempah, sambal paru. Perghhh confirm kau jatuh hati dengan nasi lemak ni," kata Leopard.

Posting Katie turut dihujan banyak gambar nasi lemak menyelerakan yang dikongsi netizen untuk membuktikan keenakan hidangan tradisional itu.

Antaranya gambar nasi lemak McD dan nasi lemak Pak Nasser yang popular dalam kalangan penumpang pesawat penerbangan tambang murah, AirAsia.

Gambar nasi lemak dikongsi Katie menjadi tular di Twitter.

"Hidangan popular... McD pun ada menu nasi lemak," tulis Hazmi.

"Nasib baik nasi lemak, kalau nasi kandaq, baru hang tau langit tinggi rendah," kata Sham.

Katie menerusi respons balasnya di Twitter berkata dia tidak berniat untuk menyinggung perasaan rakyat Malaysia mengenai posting nasi lemaknya tempoh hari.

"Ramai rakyat Malaysia memberitahu makanan yang saya tweet sebelum ini adalah menu popular kebangsaan. Saya tidak berniat mahu menyinggung sesiapa.

"Seperti yang telah dinyatakan, saya dihidangkan dengan versi teruk oleh BA. Sudah tentu ia menyeronokkkan dan harap dapat mencuba menu sebenar satu hari nanti!" katanya.

Dalam tweet tersebut, rata-rata rakyat Malaysia menggesa Katie untuk berkunjung ke negara ini bagi mencuba hidangan nasi lemak sebenar.

Antara reaksi netizen terhadap posting Katie.

"Nah, tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia. Jemput datang ke negara kami dan nikmati keenakan pelbagai hidangan tempatan," kata Alif.

"Malaysia syurga makanan. Nasi lemak etc. Selamat datang ke Malaysia," kata Haxx.

Pada masa sama, Nasi Lemak menjadi ciapan paling trending di Twitter Malaysia selepas posting Katie tular di platform media sosial itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain