“Kalau terpijak, keluar habis isi perut!” - Detik cemas tapi fun di malam berinai... Plan tak menjadi, jurugambar nyaris hempap 7 gadis pingitan - Viral | mStar

“Kalau terpijak, keluar habis isi perut!” - Detik cemas tapi fun di malam berinai... Plan tak menjadi, jurugambar nyaris hempap 7 gadis pingitan

Video melucukan itu menjadi tular di Twitter setelah dikongsi oleh rakan pengantin.

TUGAS sebagai jurugambar tidaklah semudah yang disangka.

Malah, banyak cabaran yang mereka lalui demi mendapatkan gambar yang indah dan bermakna.

Tular di Twitter video melibatkan seorang jurugambar lelaki yang berkain pelikat terjatuh dari kerusi sewaktu sesi photoshoot malam berinai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengok dia tiba-tiba jadi suka” - Nak kahwin cepat, gadis beritahu bakal suami ‘tak mahu hantaran’, sama-sama kumpul duit buat majlis

ARTIKEL BERKAITAN:“Shot talent seksi sampai ke ranjang” - Jurugambar muda ini tampil pertahankan pendirian... lebih baik elak kalau nak rezeki berkat

Jurugambar yang juga abang ipar kepada pengantin perempuan dilihat terhoyong-hayang di atas kerusi sebelum terjatuh ke lantai bersama kameranya.

Lebih menghiburkan, terdapat tujuh gadis sedang berposing di lantai termasuklah pengantin perempuan itu sendiri.

Berlaku pada Jun 2019, video berkenaan bagaimanapun tular pada Isnin lalu selepas dikongsi oleh rakan kepada pengantin iaitu Nur Syakila Saifullizam sehingga menerima lebih 330,000 tontonan di Twitter.

Perkongsian Kila yang tular di Twitter.

"Saya sebenarnya baru berjinak-jinak dengan Twitter. Sewaktu tengok gambar dan video dalam galeri telefon, saya jumpa video lama sewaktu majlis kahwin kawan tahun lepas.

"Masa tu malam berinai, kami shoot gambar di rumah pengantin. Atas lantai ada tujuh orang termasuk pengantin perempuan.

"Jadi abang ipar pengantin naik atas kerusi untuk ambil gambar kami. Jurugambar tu sebenarnya dah plan dengan isterinya untuk pura-pura jatuh, tapi dia betul-betul jatuh," jelasnya yang mesra disapa Kila.

Bila ingat semula, itu kali pertama berlaku. Kalau video dah padam pun, memang akan ingat sampai bila-bila.

NUR SYAKILA SAIFULLIZAM

RAKAN PENGANTIN

Bercerita lanjut kepada mStar, Kila mengakui terkejut dan takut apabila turut sama menyaksikan detik cemas tapi menghiburkan itu.

Katanya lagi, kenangan itu pastinya akan tersimpan di ingatan sampai bila-bila dan menjadi memori bermakna buat pengantin serta rakan-rakan yang terlibat.

"Rasa macam nak mati. Terkejut dan takut pada masa tu. Memang kami menjerit. Selepas itu kami ketawa tak berhenti.

Antara gambar yang dirakam sewaktu majlis berinai.

"Bila ingat semula, itu kali pertama berlaku. Kalau video dah padam pun, memang akan ingat sampai bila-bila," ujarnya lagi.

Selesai malam berinai, pasangan pengantin Nur Shahira Wahida dan suami, Wan Mohd Jabir dinikahkan pada keesokan harinya di Kampung Padang Lalang, Langkawi, Kedah.

Pasangan itu sebelum ini pernah mendapat liputan mStar apabila tular mengenai kisah mereka saling membantu mengumpul wang untuk majlis perkahwinan.

Pasangan ini pernah tular berkaitan kisah berkongsi wang untuk membuat majlsi kahwin pada tahun lalu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen menerusi ruangan balas posting video berkenaan.

Selain terhibur, mereka turut menyuarakan rasa risau sekiranya kamera milik jurugambar berkenaan rosak akibat terjtuh di atas lantai.

Namun kata Kila, semuanya selamat dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Pengantin bersama rakan-rakan pada malam berinai.

"Akhir sekali mereka tak akan ingat gambar tapi akan ingat kisah di sebalik gambar.

"Kalau landing baik kat kaki tu mahu koma setahun photographer ni.

"Kalau terpijak, terkeluar habis isi perut," tulis beberapa netizen yang berjenaka mengenai video itu.

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain