USAHA murni seorang jejaka berusia 27 tahun menghasilkan video-video dakwah dengan cara tersendiri wajar menjadi inspirasi ramai. Dalam tempoh setahun aktif menerusi aplikasi TikTok, Muhammad Zarul Hafiz Zulkifli berjaya meraih 1.1 juta pengikut. Bercerita kepada mStar, dia yang senang disapa Zarul mengakui tidak sangka akan dikenali ramai, namun menganggap ia sebagai pemangkin untuk terus menghasilkan video-video dakwah. ARTIKEL BERKAITAN: Pilih TikTok platform berdakwah... gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir menangis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah - "Mak pesan jaga mana wajib" ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar jurusan dakwah terkejut video TikTok isu LGBT boleh hit, ramai rasa nak berubah... reaksi berjurai air mata paling tak sangka! "Saya mula di TikTok ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas. Waktu itu, saya hanya duduk di rumah. Jadi saya cuba buat satu video berkaitan Palestin. Ternyata ia dapat sambutan. "Bila ada sambutan, saya cuba buat video dakwah, kongsi mengenai kisah nabi, akhir zaman dan sebagainya. Tanpa disangka-sangka, sambutan makin hebat lepas buat video kisah akhir zaman. Saya pun terkejut ramai suka tengok video yang saya hasilkan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kemudian selepas PKP, saya dah mula bekerja sebagai debt collector. Saya kerja pagi sampai petang, malam fokus buat video. Bila konsisten buat video, dalam lima ke enam bulan, saya dapat panggilan daripada pihak TikTok Malaysia untuk jadi creator. Alhamdulillah akaun TikTok saya juga dah dapat logo verified," ujarnya. Bercerita lanjut, Zarul yang menetap di Shah Alam, Selangor, turut terharu apabila video yang dihasilkan berjaya memberi impak kepada penonton beragama Islam serta penganut-penganut agama lain. Dalam satu video terbaharu yang dikongsi ke TikTok, Zarul kelihatan terkejut apabila membaca satu komen yang memaklumkan seorang individu mahu memeluk Islam selepas menonton video yang dihasilkannya. "Assalamualaikum Zarul. Kawan saya hari Jumaat ni masuk Islam selepas tengok video-video Zarul. Doakan semoga dipermudahkan," tulis individu itu menerusi ruangan komen di TikTok Zarul. Zarul sekadar berkongsi ilmu yang ada dan menolak gelaran ustaz yang diberikan segelintir individu. Bercerita lanjut, Zarul berkata situasi seperti ini bukanlah pertama kali berlaku, malah sebelum ini ada seorang rakannya turut memeluk Islam selepas banyak menonton video yang dikongsi olehnya menerusi TikTok. "Ramai penganut agama lain direct message (DM) saya di TikTok, mereka kata nak mengenal Islam. Mereka kata banyak belajar mengenai Islam melalui video saya. "Sebelum ini, ada seorang kawan perempuan, dia masuk Islam selepas tertarik dengan video-video saya. Paling terbaharu, saya terkejut baca komen di TikTok mengenai seorang lagi individu. Saya pun tak perasan komen itu pada mulanya, kemudian adik maklumkan kepada saya. Kalau sahih baru boleh sampaikan. Jangan memandai, takut ia jadi satu fitnah. ZARUL "Saya kata biar betul? Saya memang tak sangka, terkejut sangat. Alhamdulillah, saya bersyukur kalau video saya beri impak kepada orang bukan Islam," ujarnya. Menurut Zarul yang pernah belajar di madrasah selama setahun setengah ketika zaman remajanya, dia sekadar berkongsi ilmu yang ada dan menolak gelaran ustaz yang diberikan segelintir individu. "Ada juga yang panggil ustaz. Tapi saya cakap saya belum layak. Saya cuma kongsi apa yang saya belajar di madrasah dulu. Banyak lagi saya perlu belajar untuk jadi ustaz. "Nak sampaikan ilmu ni, sepatah ayat pun boleh. Tapi pastikan kena rujuk hadis sahih dan al-Quran. Kalau sahih baru boleh sampaikan. Jangan memandai, takut ia jadi satu fitnah," ujar graduan diploma Seni Bina itu. Video-video di TikTok Zarul yang sering mendapat sambutan ramai. Dalam pada itu, Zarul berkata populariti di TikTok turut membawa rezeki apabila dia ditawarkan untuk membuat reviu produk. Namun kata anak pertama daripada tiga beradik itu, dia berdepan kekangan masa dan tidak dapat memenuhi semua tawaran. "Lepas viral, memang ramai yang DM untuk reviu produk, termasuklah golongan founder. Tapi saya tak ambil semua, saya tak cukup masa. "Cuma saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang selalu beri sokongan dari awal. Sokongan mereka sangat membantu. Ramai orang muda doakan saya, berikan kata-kata semangat. "Saya buat video untuk tarik golongan muda, buat mereka minat dan faham apa yang saya sampaikan. Tapi lama-kelamaan golongan berumur pun terima cara penyampaian saya. Alhamdulillah," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI