suria

Tak terima apa-apa notis, pulang dari kampung motor penuh tompok cat! Tak pasal-pasal melayang duit tukar cover set baharu

Keadaan motosikal Mekcha dipenuhi tompokan cat yang sudah kering.

PERASAAN sedih dalam hati tiada siapa mampu mengerti.

Begitulah gambaran nasib gadis ini, Nasrin Batrisya, 21, yang meluahkan rasa sedih apabila melihat keadaan motosikal jenis Yamaha y15zr miliknya yang dikatakan dikhianati atas dasar dengki dalam kejadian di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam.

Bercerita kepada mStar, dia yang senang disapa Mekcha ini menyedari tentang motosikalnya terdapat tompokan cat sudah kering setelah pulang dari kampung di Kelantan pada 29 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Restoran ‘Muslim’ tayang iklan arak? Pemilik mualaf mohon maaf, nafi jual daging babi

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja 8 jam tapi bayar RM30, netizen bengang remaja ambil upah lipat baju dianiaya... Sudahlah malas, kedekut pula!

“Saya balik kampung nak jumpa mak. Saya tak tahu pun kawasan perumahan ni tengah cat bangunan.

“Tak ada beritahu apa-apa dekat group blok jadi saya memang tak tahu pun pasal ni. Saya balik kampung naik kereta jadi saya memang tinggalkan saja motosikal dekat rumah.

“Bila balik ke rumah 3 Februari tu saya terkejut tengok keadaan motosikal penuh dengan tompokan cat,” jelasnya.

Berikutan kejadian itu, gadis ini cuba menghilangkan kesan tompokan itu sendiri menggunakan pelbagai cara.

Bagaimanapun usahanya ternyata gagal apabila cubaan menanggalkan cat itu hanya merosakkan lagi motosikal.

Lebih malang, tiada satu pun kedai mencuci motosikal yang berani mengambil risiko untuk mencuci kesan cat kering pada motosikal miliknya.

“Saya dah cuba tanya tiga kedai spa cuci motosikal tapi semua tak berani nak cuci. Ingatkan nak kikis saja tapi risau akan calar.

Mekcha terkilan melihat keadaan motosikalnya.

“Saya cuba hilangkan sendiri dengan cara sental pakai minyak petrol tapi warna cover set jadi luntur dan hilang kilat. Saya tukar pakai thinner tak berkesan pula.

“Jadi saya putuskan untuk tukar terus body motosikal dengan cover set baharu. Banyak juga kos terpaksa saya tanggung. Lebih kurang RM648 tapi itu tak termasuk harga cover set,” jelasnya yang putus asa untuk cuba tanggalkan cat tersebut.

Jelas Mekcha, dia berasa serik dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Jadi saya putuskan untuk tukar terus body motosikal dengan cover set baharu. Banyak juga kos terpaksa saya tanggung. Lebih kurang RM648 tapi itu tak termasuk harga cover set.

NASRIN BATRISYA

Ujarnya, dia tidak memaklumkan atau membuat aduan kepada pihak pengurusan perumahan tersebut dengan alasan tidak tahu bagaimana caranya.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, warga maya yang prihatin dengan nasibnya ini turut meluahkan rasa simpati.

Dalam pada itu, mereka juga ada menyatakan beberapa cadangan kepada Mekcha berikutan video yang tular sehingga meraih hampir 500,000 jumlah tontonan.

“Saya post video dekat TikTok tu sebab tak ada pengalaman kena macam ni. Saya nak minta pendapat orang lain juga bagaimana nak selesaikan masalah cat.

Mekcha merupakan gadis yang berasal dari Kelantan.

“Saya juga harap pihak terlibat untuk bertanggungjawab dengan bayar ganti rugi semua kerosakan yang berlaku.

“Saya bersyukur sebab banyak ilmu dapat lepas video tu viral. Tak sangka ramai juga yang simpati dan sudi tolong dengan bagi pendapat macam-macam,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain