suria

Venue majlis indah berumput hijau, klien selfish selamba turap tar tanpa izin pemilik! Alasan tak nak wedding anak berlecak

Tular kisah sebuah venue perkahwinan menjadi 'cacat' gara-gara tindakan seorang klien yang mementingkan diri. Foto: Twitter

BUKAN setakat mementingkan diri, bahkan turut menyusahkan orang lain.

Begitulah gambaran ayat yang sesuai terhadap satu perkongsian yang dibuat oleh seorang jurufoto perkahwinan mengenai perangai 'kurang bertamadun' seorang individu.

Mana tidaknya, venue yang disewa untuk majlis perkahwinan dilakukan sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan atau kebenaran pemilik lokasi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jiran dari neraka’! Wanita berang luar rumah jadi ‘tapak pelupusan sampah’ sampai terburai, berulat... Tegur tak jalan, terus kasi ‘notis’

ARTIKEL BERKAITAN: Matikan enjin tengah jalan, kemudian main phone! Wanita undang kecaman sebab selfish, tak pandai guna petak parkir

"Terkejut dengar cerita ini. Ada seorang klien, sewa venue untuk buat wedding anak dia. Dia pergi tabur tar sebab tak nak bagi berlecak untuk wedding anak dia, tanpa pengetahuan owner tempat tu.

"Daripada cantik rumput, jadi macam ni. Tak sangka wujud manusia tak ada otak macam ni," tulis jurufoto tersebut menerusi perkongsian di media sosial miliknya.

Menurut jurufoto tersebut, disebabkan tindakan individu kurang bijak yang mementingkan diri itu, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada klien lain yang menggunakan venue tersebut.

turap 1

Gambar yang dikongsikan oleh jurufoto berkenaan menunjukkan tanah yang berturap.

"Instagram story tadi hanya untuk share dekat kawan-kawan pasal perangai manusia. Benda ini berlaku bukan hari ini, previous klien yang buat macam ni... tapi klien hari ini yang jadi mangsa," jelasnya.

Jurufoto tersebut turut memuat naik beberapa keping gambar majlis perkahwinan kliennya yang sedikit 'cacat' dan kurang berseri kerana permukaan kawasan tanah dilitupi tar yang tidak diturap dengan sempurna.

Foto yang dimuat naik oleh jurufoto tersebut kemudiannya dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial di Twitter, menyaksikan ia meraih lebih 6,000 ulang kicau.

Benda ini berlaku bukan hari ini, previous klien yang buat macam ni... tapi klien hari ini yang jadi mangsa.

JURUFOTO

Menurut perkongsian netizen lain, lokasi tersebut sebelum ini merupakan kawasan bertanah yang dilitupi dengan rumput.

Malah ada netizen yang turut memuat naik gambar lokasi yang sama sebelum diturap, memperlihatkan kawasan tersebut lebih cantik dengan rumput menghijau.

"Saya kahwin dekat tempat ni. Waktu survey tempat ni memang masih ada rumput, kemudian waktu saya kahwin, ia dah bertar. Saya fikir owner (venue) yang tar, rupa-rupanya klien," tulis seorang pelayar.

komen turap

Antara komen netizen yang mengecam tindakan klien berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam sikap klien tersebut, malah menyarankan agar pemilik venue mengambil tindakan undang-undang.

"Nak jalan tar, patut buat atas highway, boleh pacak khemah situ. Orang ambil nasi pun drive thru je.

"Kalau aku owner, memang aku suruh buat jadi macam asal balik, and tambah saman sekali sebab rosakkan property aku.

"Saman. Banyak boleh claim ni. Menjejaskan pendapatan," demikan antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain