suria

Ceria dalam video, hakikatnya duda berbakat tiru suara orang derita kena khianat... tiba-tiba tiada job, kawan menjauh

Di sebalik video penuh ceria, Fizo menyimpan kisah duka akibat terkena buatan orang.

SEORANG lelaki meraih lebih 200,000 pengikut di media sosial kerana memiliki bakat meniru suara-suara karektor popular.

Selain meniru suara usahawan kontroversi Nur Sajat, dia juga boleh mengajuk suara karektor dalam siri kartun Doraemon serta Upin dan Ipin.

Menurut Mohamad Azwan Mohd Anuar, 34, bakat suara itu disedari sejak zaman sekolah, namun mula menjadi perhatian beberapa tahun lalu dengan kewujudan media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lelaki plastik sampah’ viral, suka buat parodi depan binaan ikonik rupa-rupanya cikgu... larang pelajar cakap tentang TikTok dalam kelas

ARTIKEL BERKAITAN: "Produk mereka tular, saya dapat malu" - 'Sekmung' insaf, dedah pernah diugut buang negeri

"Sebenarnya saya suka tiru suara kartun sejak zaman sekolah lagi. Tapi dulu buat ala kadar je sebab tak ada platform nak tunjuk bakat. Zaman dulu tak ada telefon.

"Bila makin dewasa, kawan-kawan selalu minta saya buat suara kartun untuk anak-anak mereka. Saya juga pernah masuk Motif Viral sebelum ini. Selepas lama tak buat video tiru suara, itu yang orang request balik sekarang.

"Saya target 10,000 views di TikTok, tapi tak sangka kali ni dapat sampai dua juta views. Saya sejujurnya tak kejar populariti, orang tengok pun saya dah seronok. Tapi saya selang-seli dengan video menari dan menyanyi, risau orang jemu," ujarnya.

Senang disapa Fizo, dia juga terharu apabila menerima tawaran reviu produk selepas video yang dihasilkan tular di media sosial.

Malah katanya, ia sekali gus membuka lembaran baharu selepas dia lama menyepi tanpa sebarang tawaran kerja akibat terkena buatan orang.

fizo4

Fizo memiliki lebih 200,000 pengikut di TikTok.

"Alhamdulillah, followers naik. Ada juga yang direct message (DM) kat Instagram, mereka tanya untuk buat reviu. Sebelum ni saya hanya buat freelance, termasuklah sebagai penari.

"Baru-baru ini saya kena buatan orang. Orang tu nak buat saya tak ada kawan, tak ada job. Bila saya dapat tawaran, mesti orang cancel last minute. Saya pergi berubat, memang kena khianat rupa-rupanya.

"Sebelum ini orang tak pandang saya. Saya juga kerap mimpi bukan-bukan, nampak benda pelik. Selain rujuk doktor di hospital, saya juga berubat dengan tiga pengamal perubatan Islam.

"Saya kena buatan orang sejak 2021, selepas arwah bapa meninggal pada Disember 2020. Tapi Alhamdulillah makin okay sekarang lepas berubat. Job dah masuk balik, kawan yang menjauh pun dah dekat. Saya dah boleh bergiat aktif menari balik," ujarnya.

Orang tu nak buat saya tak ada kawan, tak ada job. Bila saya dapat tawaran, mesti orang cancel last minute.

FIZO

Menurut Fizo yang baru berpisah dengan isterinya pada November tahun lalu, video-video alih suara yang dihasilkannya juga dianggap sebagai penghibur untuk diri sendiri.

"Sebab itulah saya buat video happy-happy. Selain terkena buatan orang, saya juga baru enam bulan bercerai. Memang susah nak bangkitkan semangat. Siapa lagi nak bantu kalau bukan diri sendiri?

"Nak tak nak saya kena kuat, kalau jumpa kawan-kawan pun saya tak suka bawa mood sedih. Saya kena ketepikan masalah. Tapi kalau mereka bertanya dan ambil berat, saya tak kisah nak bercerita," ujarnya yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur.

Dalam temubual sama, Fizo juga menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan orang ramai terhadap video-video yang dihasilkannya di TikTok.

fizo3

Fizo mendakwa terkena buatan orang sejak tahun 2021.

Malah kata Fizo, dia bersyukur kerana tidak menerima sebarang komen negatif sepanjang bergiat aktif di media sosial.

"Terima kasih kepada kawan-kawan yang support. Saya tak jangka video boleh viral. Ramai yang minta saya buat suara-suara lain, InsyaAllah saya akan cuba penuhi.

"Setakat ini tiada komen negatif, saya bersyukur sangat. Cuma ada video saya kena report sebelum ni. Padahal video menyanyi, tapi kena report sebagai harassment dan buli. Tiba-tiba kena remove.

"Itu yang saya agak risau untuk buat video lagi. Tapi tak sangka kali ni sampai dua juta view. Saya tengok-tengok juga, tiada yang kecam setakat ni," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain