suria

Wanita rela putus tunang selepas dapat tahu gaji bakal suami RM1,100! Ramai sokong, jangan kahwin kalau tak mampu

Seorang wanita sanggup memutuskan tali pertunangan kerana bakal suami bergaji RM1,100.

ACAP kali hantaran di media sosial yang berunsurkan kebendaan atau materialistik sering dikecam teruk warganet.

Namun kali ini berbeza apabila ciapan seorang wanita yang sanggup memutuskan tali pertunangan kerana bakal suami bergaji rendah disokong ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider sanggup menabung mahu isteri bersalin di hospital swasta, beri layanan bak puteri raja sepanjang tempoh hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah nak cari duit beli food truck! Wanita ini terpaksa repair kek ‘kemalangan’ depan pelanggan, mujur lori tak remuk

Wanita berkenaan berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dilemparkan pemilik akaun Twitter @localrkyt tentang 'macam mana nak tanya gaji atau keadaan kewangan lelaki tanpa nampak materialistik? Sebab tu benda penting kan?'

Malah wanita terbabit yang dipercayai berusia 35 tahun turut mengakui terkejut dan bimbang apabila mengetahui gaji tunangnya hanya RM1,100.

"Saya silap. Dah tunang baru tanya, gaji dia RM1,100 lepas tu saya 'cuak' la sebab macam mana nak hidup dengan gaji suami banyak tu. Saya suruh dia cari pendapatan sampingan tapi dia banyak alasan dan akhirnya saya minta putus tunang. Settle!," ciapnya ringkas pada Selasa.

Segelintir individu menyifatkan wanita terbabit sebagai tidak bersyukur.

Segelintir individu menyifatkan wanita terbabit sebagai tidak bersyukur.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat hampir 8,000 tanda suka selain diulang kicau lebih 4,000 pelayar Twitter.

Semestinya kelompok wanita akan menyokong pandangan tersebut dan menyifatkan jumlah gaji yang rendah tidak dapat menampung kehidupan dua orang walaupun perhubungan bermula atas dasar cinta.

Ia berikutan, kos kehidupan seharian termasuk bayaran rumah sewa juga sudah hampir ribuan ringgit dan ia tidak termasuk perbelanjaan bulanan untuk ke tempat kerja.

Kebanyakan lelaki memilih kerjaya penghantar makanan sebagai punca pendapatan sampingan. - Gambar hiasan

Kebanyakan lelaki memilih kerjaya penghantar makanan sebagai punca pendapatan sampingan. - Gambar hiasan

Anehnya, hantaran yang disifatkan sebagai materialistik oleh segelintir individu turut mendapat persetujuan kaum adam kerana ia dianggap relevan dan rasional.

"Kepada semua wanita, jadilah bijak seperti dia.

"Lelaki yang terasa dengan twit ini, anda perlu menilai diri sendiri.

"Sebagai seorang ayah kepada anak perempuan, saya faham apa yang dimaksudkan. Tapi sejujurnya, saya pun mula dengan gaji RM950,tapi at the end of the day terpulang kepada si lelaki tu macam mana dia nak usaha dapat duit lebih. Kalau malas, baik tinggal," tulis beberapa pelayar lelaki.

Keputusan awak sangat tepat. Memang betul susah senang bersama tapi dalam era sekarang, RM1,100 memang tak cukup untuk sara dua orang.

NETIZEN

Sokongan terhadap tindakan wanita itu dibuat berikutan sikap bakal suaminya yang tidak mempunyai inisiatif untuk menambah atau mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan.

"Ramai pula cakap macam-macam kat petikan Twitter. Nanti dah berkahwin makan hati pula tak cukup itu, tak cukup ini. Siapa cakap gaji RM1,100 cukup adalah tak berpijak di bumi yang nyata, sekarang ni semua mahal.

"Keputusan awak sangat tepat. Memang betul susah senang bersama tapi dalam era sekarang, RM1,100 memang tak cukup untuk sara dua orang. Lagi-lagi bakal suami tu sendiri tidak sanggup melakukan apa sahaja bagi menambah pendapatan sendiri.

Netizen menyokong penuh ciapan ringkasnya tentang putus pertunangan.

Netizen menyokong penuh ciapan ringkasnya tentang putus pertunangan.

"Memang la kahwin ni kau terima dia, dia terima kau. Tapi terima tu daripada segi fizikal dan mental. Macam mana nak bagi nafkah jika sukar untuk survive dengan RM1,100?

"Tenang semua. Kakak tu dah suruh tunang dia cari pendapatan sampingan untuk buat tambahan gaji, jadi tak salah sebenarnya tindakan dia. Kewangan sangat penting dalam perkahwinan, silap tunang dia kat sini... bila dia malas nak cari pendapatan sampingan.

"Kalau gaji dia rendah tapi mahu cari pendapatan sampingan, usaha... itu akan jadi cukup. Bukan sebab gaji dia RM1,100, kemudian ada pula yang twit tak adil lelaki yang kena cari itu dan ini sedangkan lelaki memang tanggungjawab dia besar. Tak payah kahwin kalau tidak mampu," kata beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain