suria

Isteri pulang ke negeri abadi, coretan suami agungkan arwah di media sosial undang sebak... Ramai faham sakitnya erti kehilangan

Seorang suami meluahkan kesedihannya di media sosial.

INSAN bernama lelaki terkenal dengan sifat keegoan dan jarang sekali mereka mengungkapkan rasa sedih yang terbuku di hati.

Namun kerinduan yang teramat sangat pada isteri tercinta, mendorong seorang suami meluahkannya di media sosial di saat umat Islam menjalani ibadah puasa.

Menerusi hantaran yang dimuat naik pemilik akaun Mamak Mamak di Facebook, dia menyuarakan rasa sayu kerana isteri yang begitu disayangi sudah meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kisah dihina demi rezeki halal sara keluarga, Kak Long tetap teruskan kerjaya bersama geng lelaki... impian nak jadi minah rempit, berlumba di trek musnah

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tunggal tabah besarkan 3 anak! Baru sedar wanita ada superpower, mahu undur masa sebab rasa tak cukup menyayang, bantu arwah isteri

Malah, kedatangan Ramadan kali ini terpaksa diharungi sendirian bersama anak yang masih kecil.

"Tahun pertama menjalani Ramadan tanpa orang rumah (isteri)... memang terasa sangat kehilangannya. Iyalah semasa ada, dia yang paling sibuk dengan memasak, tukar langsir dan beli pelbagai barangan lagi, diri ini hanya menjadi peneman setia kerana dia tidak pandai memandu.

"Apabila nak berbelanja saya akan bersama-sama dia, tapi sekarang ini walaupun mampu menjadi ayah, ibu mahupun kawan untuk anak, ia tidak sama dengan kasih sayang seorang isteri dan ibu... dia tahu semuanya," rintihnya lagi.

Namun tidak dinyatakan punca dan bila arwah isterinya pulang ke negeri abadi.

Coretan seorang suami di media sosial mengundang rasa sebak.

Antara petikan coretan seorang suami di media sosial yang mengundang rasa sebak warganet.

Menerusi coretannya itu, isteri yang digambarkan bukan hanya mempunyai peribadi yang unggul malah merupakan seorang yang memahami selain bertimbang rasa dan sentiasa memberi sokongan.

Luahnya lagi, sang isteri pastinya akan berusaha memenuhi permintaan si anak dan sering melontarkan buah fikiran di saat dia berhadapan masalah.

"Apabila ada masalah, dia akan bagi pendapat dan apabila anak mahukan sesuatu dia la pengumpul duit untuk mendapatkan apa yang dihajati anaknya itu.

"Saya tidak kaya dan berharta tetapi kasih sayang yang diberi padanya cukup tinggi. Bukan nak mengaku baik tetapi saya tak sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik di belakangnya.

Dia disifatkan sebagai seorang suami yang baik.

Dia disifatkan sebagai seorang suami yang baik.

"Sejauh mana saya tinggalkan dia, semua pasti tahu (kehidupan) pemain bola... merata dalam dan luar negeri perlu pergi tetapi saya kuatkan niat untuk tidak menyentuh perempuan lain, mabuk dan sebagainya sebab kesemua itu pernah dilalui semasa bujang," ceritanya.

Menurut bapa kepada seorang anak lelaki itu lagi, sejak berkahwin dia telah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak melakukan kecurangan di belakang isterinya.

"Coretan ini sekadar suka-suka tanpa membabitkan sesiapa. Saja mahu berkongsi perkara yang dilalui tetapi merindui orang yang telah pergi selamanya bukan biasa-biasa.

Tak tahu nak luahkan macam mana, aku harap sangat kawan-kawan yang masih ada suami isteri hargailah mereka.

MAMAK MAMAK

"Apabila sibuk bekerja okey la... ada masa pergi ziarah pusara. Walaupun menangis dalam hati sebab anak ada bersama ketika ziarah tapi apabila perasaan rindu tu datang secara tiba-tiba, memang saya menjadi manusia paling lemah dalam dunia... automatik jadi lemah kerana terlalu rindu.

"Tak tahu nak luahkan macam mana, cuma aku harap sangat kawan-kawan yang masih ada suami isteri hargailah mereka. Berilah kasih sayang pada mereka (pasangan)," nasihatnya.

Dalam pada itu, dia juga mengakui turut rasa menyesal kerana tidak menggunakan peluang yang ada untuk membawa isteri dan anak-anak beriadah ataupun bergurau senda.

Coretannya itu mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet sejurus dikongsikan.

Rata-ratanya mengucapkan takziah dan memuji keikhlasannya menyayangi isteri yang sudah meninggal dunia.

Netizen turut mendoakan arwah isterinya.

Netizen turut mendoakan arwah isterinya.

"Al Fatihah... takziah di atas kehilangan orang yang tersayang dan tahniah kerana menjadi ketua keluarga selaku ibu dan sahabat anak, jarang sekali terjumpa lelaki yang sentiasa mendahulukan anak-anak daripada benda lain... semoga menjadi ayah yang sentiasa ada di sisi anak-anak. Tabah la demi anak-anak.

"Al-Fatihah untuk isteri... hargailah semasa ada, terima kasih berkongsi pengalaman tuan. Bertuah isteri tuan dapat suami yang sayangkan dia, semoga saya pun diberikan rezeki mendapat suami yang menerima setiap kekurangan saya.

"Menitis air mata apabila baca coretan saudara. Salam takziah, semoga roh arwah dicucuri rahmat. Saudara seorang suami dan ayah yang hebat, semoga tabah dan selamat berpuasa. Jagalah amanah arwah sebaik mungkin, insya-Allah dia pun tenang di sana," demikian komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain