suria

Koleksi alat solek kumpul sejak remaja kena kebas! Mak andam buntu fikir 6 job belum selesai, tarik diri dari kelas solekan sebab tiada ‘nyawa’

Nina menganggarkan kerugian barang make-up miliknya yang dicuri bernilai lebih RM4,000.

ALAT solek sudah menjadi 'nyawa' bagi sebahagian wanita masa kini terutama sekali bagi MUA (make-up artist) yang menggunakan kemahiran bersolek untuk mencari rezeki.

Turut menceburi bidang ini, Nurifnina Balqish Ahmad Waris, 26, jurusolek sepenuh masa yang berdepan insiden sukar dilupakannya apabila kerugian hampir RM4,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman proposal 'mak andam' ditolak dorong Mea Sukri cabar diri, kini ada produk sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Minat mekap sejak kecil, pemuda ini buat ibunya terkejut selepas tunjuk hasil solekan pertama - “Tak berani minta ma ajar, saya kan lelaki”

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Nina menceritakan semula insiden malang yang menimpanya apabila telah kehilangan beg make-up sejurus pulang dari mendandan pengantin lelaki di Ecosky, di ibu negara.

"Suami drop saya di rumah pengantin kemudian dia bawa anak-anak ke taman berdekatan sementara tunggu saya selesai. Sebaik siap kerja, saya jalan ke taman untuk bersama keluarga. Sebelum itu, beg make-up saya letak di tepi kereta di tempat parking.

"Kebetulan kami pun rushing nak pergi majlis tahlil arwah kawan baik suami. Jadi saya dan suami memang terlupa tentang beg tu terus gerak ke Sabak Bernam dan pulang lewat malam.

"Punca boleh ingat semula pasal beg tu bila esoknya saya beritahu suami saya dapat offer di SukaTV pada Jumaat , oleh itu beg make-up kena secure. Kemudian suami tanya saya mana beg tu sebab dari semalam dia tak nampak," katanya.

Mendengar pertanyaan tersebut, tanpa berlengah Nina dan suaminya, Muhammad Sufian Norbi, 32, bergegas ke Ecosky yang mengambil masa 40 minit dari rumahnya di Puncak Alam, Selangor bersama anaknya yang demam ketika itu.



Nina memiliki dua cahaya mata sepanjang pernikahannya bersama suami yang menyokong penuh kerjayanya.

Menurut anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini, sebaik tiba di taman tempat dia sekeluarga berada sehari sebelum itu, suaminya mula mencari beg tersebut di sekitar kawasan.

"Saya memang tak turun kereta tolong suami cari sebab tengah menangis dalam kereta. Tiba-tiba suami datang ke kereta dan peluk saya sambil beritahu dia dah jumpa beg itu tetapi ia kosong. Barangan lelaki macam sikat dan hairspray pun dah tak ada.

Saya pula masih ada enam job daripada client perlu disiapkan bulan ni jadi sangat memerlukan semua barang make-up tu.

NINA

"Suami halang saya tengok beg tu tapi saya tetap nak tengok juga. Beg tu ada di bawah pokok elok je dalam semak dekat pondok polis tak jauh dari tempat kami parking kereta. Kalau orang yang ambil tu jujur, mesti dia dah pulangkan di pondok polis bantuan tu," katanya.

Lebih malang lagi kata Nina, dia baru sahaja membeli peralatan make-up baharu yang bernilai lebih RM1,500 di kedai alatan kosmetik Sephora pada 29 Januari lalu.

Imbas Nina lagi, dia sangat terkilan apabila mengenangkan kehilangan semua barangan yang dikumpul sejak dari zaman selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) lagi.



Antara barang make-up baharu yang dibeli oleh Nina semasa promosi baru-baru ini bernilai RM1,500.

Jelasnya lagi, dia bukanlah berasal dari keluarga orang berada, jadi setiap apa yang diinginkan terpaksa diusahakan sendiri.

"Dulu saya belajar di Universiti Selangor (UniSel) tapi separuh jalan je sebab sebab tak ada duit nak tampung kos dan saya memang tak nak susahkan keluarga. Ayah pula bekerja sendiri income tak tetap.

"Masa belajar make-up dulu pun mak andam banyak bagi barang solek free. Dari situ saya ikut kelas, belajar dekat YouTube dan semua saya 'bina' dengan usaha sendiri.

"Lagi sedih bila saya ada daftar kelas make-up Azura Tahir Bridal dekat Bangi pada 8 Februari tapi bila dah jadi macam ni terpaksa cancel dan tarik diri sebab memang dah tak ada langsung alat solek pada saya," jelasnya lagi.

Menerusi perkongsian Nina di TikTok yang tular, wanita ini turut menerima mesej dan respons positif daripada kawan-kawan yang lain.



Nina telah mula 'berjinak' melibatkan diri sebagai jurusolek sejak zaman remajanya lagi.

Namun dia juga tidak terlepas menerima kecaman daripada beberapa netizen yang menganggap rakaman tersebut hanya sebuah gimik atau marketing wanita ini.

"Tak sangka lepas saya post video tu, kawan-kawan banyak cari saya. Ada yang bank in duit, ada kawan yang bagi barang make-up mereka. Paling terharu sampai nak nangis bila ada kawan call tanya dekat mana nak jumpa sebab nak bagi saya eyeshadow pallet jenama Huda Beauty yang belum dia guna pun lagi.

"Saya bersyukur ada kawan-kawan yang faham dengan situasi ni dan sanggup tolong. Saya pula masih ada enam job daripada client perlu disiapkan bulan ni jadi sangat memerlukan semua barang make-up tu.

"Saya terpaksa contact beberapa customer saya nak minta bayaran dulu, jadi saya boleh rolling modal untuk beli make-up baru sikit-sikit. Nasib baik semua orang saya minta duit tu OK je," jelasnya.



Hasil sentuhan yang disolek oleh Nina.

Namun, Nina reda dengan apa berlaku dan menjadikan ini satu pengajaran serta menganggap ia sebagai ujian hidup.

Dalam pada itu, Nina berharap dan berdoa kepada insan yang mengambil semua alatan soleknya agar lembut hati untuk memulangkan semula.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain