suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Debaran makin terasa, keputusan SPM 2025 akan diumum pada 31 Mac

Keputusan SPM akan diumumkan pada 31 Mac.

CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada 31 Mac.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan media pada Isnin memaklumkan, calon sekolah dan persendirian juga boleh menyemak keputusan melalui laman web myresultspm.moe.gov.my.

Selain itu, KPM memberitahu calon juga boleh membuat semakan menerusi SMS.

Calon perlu menaip SPM (jarak) nombor MyKad (jarak) nombor angka giliran dan menghantarnya ke 15888.

Semakan itu boleh dibuat bermula pukul 10 pagi pada 31 Mac hingga 6 petang, 6 April 2026.

Seramai 413,299 calon menduduki SPM 2025 di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Artikel Lain