Peniaga tak sepatutnya menjual makanan kepada individu yang sengaja tidak mahu berpuasa. -Gambar hiasan
ENAM penjaja yang cuba mengaut keuntungan segera dengan menjual makanan kepada pelanggan Muslim seawal pukul 9 pagi menerima padah selepas pegawai penguat kuasa daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menjalankan serbuan.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, sembilan individu berusia antara 20-an hingga 40-an ditahan dalam operasi kira-kira pukul 11.10 pagi pada Khamis lalu di sebuah medan selera di Ayer Keroh. “Pemeriksaan mendapati peniaga sudah mula menjual makanan seawal pukul 9 pagi kepada pelanggan walaupun sedar perbuatan itu merupakan satu kesalahan.“Kami kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak mempedulikan sensitiviti bulan suci semata-mata untuk mengejar keuntungan,” katanya pada Ahad.Rahmad berkata, kesemua sembilan individu itu yang terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita diberikan notis untuk menghadiri prosiding kerana didakwa melanggar Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991.ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bazar didakwa tak amanah sorok infak juadah berbuka puasa... Lepas tanya baru suruh pilih nak makan apaTambahnya, antara yang ditahan termasuk tiga pelanggan yang disyaki dengan sengaja tidak berpuasa.Di bawah Seksyen 49 enakmen berkenaan, perbuatan makan, minum atau menjual makanan kepada orang Islam pada waktu siang sepanjang Ramadan untuk dimakan serta-merta merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan.Bagi kesalahan berulang, hukuman meningkat kepada denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 12 bulan.Manakala mereka yang didapati merokok pada waktu berpuasa boleh dikenakan denda sehingga RM500 atau penjara sehingga tiga bulan.Rahmad berkata, JAIM akan terus memperhebatkan operasi pemantauan di beberapa lokasi sehingga akhir bulan Ramadan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang Syariah negeri. -The Star