SEORANG remaja perempuan maut manakala adik lelakinya dalam keadaan kritikal selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Merotai-Tawau pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, seorang lelaki berusia 44 tahun dipercayai tertidur ketika memandu sehingga menyebabkan keretanya terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, susulan kejadian itu, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal didenda RM1,500, benarkan anak bawah umur memandu hingga ragut tiga nyawa“Dua mangsa iaitu seorang lepasan SPM berusia 18 tahun dan seorang pelajar kolej vokasional berusia 17 tahun berada dalam keadaan kritikal,” katanya sambil menambah remaja perempuan berusia 18 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan pada pukul 4.08 pagi, Jumaat.Jasmin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan berhati-hati ketika berada di jalan raya serta berhenti di tempat selamat sekiranya berasa mengantuk bagi mengelakkan kejadian mikro tidur.Dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak memandu dalam keadaan mabuk kerana ia juga boleh menyebabkan kemalangan.