suria

Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia

Syed Muhammad Naquib al-Attas meninggal dunia pada usia 95 tahun.

TOKOH pemikir peradaban Islam kontemporari, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas meninggal dunia pada usia 95 tahun kira-kira pukul 6.47 petang, Ahad.

Menurut pendakwah bebas, Syed Abdul Kadir Aljoofre, solat jenazah akan dilakukan di Masjid al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pada pagi Isnin.

Dalam hantaran di Facebook, Syed Abdul Kadir turut memaklumkan bahawa jenazah Allaharyam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

“Semoga Allah mengampuni segala dosanya, menerima segala amalan dan jasa baktinya buat ummah dan menempatkannya di syurga firdaus bersama para nabi dan solihin," tulisnya.

Untuk rekod, Allahyarham dikurniakan gelaran Profesor Diraja pada Oktober 2024 atas sumbangannya dalam bidang pendidikan Islam.

Gelaran tertinggi itu dikurniakan kepada ahli akademik yang memberikan sumbangan bernilai kepada masyarakat serta kemajuan Malaysia.

Allahyarham juga merupakan pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC).

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Bogor, Jawa Barat, Indonesia.

Artikel Lain