suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duit raya awal! Kerajaan percepat bayaran STR Fasa 2 bermula esok, manfaat 5.2 juta penerima

Pembayaran STR Fasa 2 akan dikreditkan pada 10 Mac.

PEMBAYARAN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan diawalkan dan mula diagihkan secara berperingkat mulai esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pembayaran awal itu dijangka membantu jutaan rakyat Malaysia membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Bagi Fasa 2, kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion, meningkat daripada RM1.1 bilion yang disalurkan pada Fasa 1 pada Januari,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jumlah penerima bagi Fasa 2 juga meningkat kepada 5.2 juta berbanding 5 juta pada Fasa 1.

Menurut Anwar, peruntukan tersebut termasuk 200,000 penerima baharu yang diluluskan dan akan menerima bayaran bermula 30 Mac.

Secara keseluruhan, bantuan STR Fasa 2 akan memanfaatkan 3.8 juta isi rumah dan 1.4 juta warga emas tanpa pasangan, dengan bayaran antara RM100 hingga RM600 bergantung kepada kategori kelayakan.

Bagi 2026, jumlah keseluruhan peruntukan untuk STR dan SARA adalah RM15 bilion, iaitu yang tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

Maklumat lanjut dan soalan lazim boleh didapati di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my

Artikel Lain