suria

Wah, reunion selepas 3 tahun! Ainul ‘lepak’ di Pavilion dengan Dr Amalina, ibu harap ukhwah berkekalan

Ainul Mardhiah bersama ibu dan bapanya bertemu dengan Dr Amalina serta suami di Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto: Instagram _nrlerwani

DR Amalina Che Bakri dan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dua nama ini cukup 'familiar' dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menyoroti kisah Ainul bermula daripada penderitaan penyakit yang dialaminya, sehinggalah pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di mulut yang berjaya dilakukan oleh sepasukan doktor bedah termasuk Dr Amalina di London, benar-benar membuatkan masyarakat tersentuh.

Ternyata hubungan antara Ainul dengan Dr Amalina tidak terhenti setakat itu sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berlalu... Dr Amalina imbas momen penuh emosi sebelum dan selepas Ainul dibedah – “Terima kasih semua, anda adalah hero sebenar”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 8 bulan, pakar bedah UK sanggup pandu dari KL ke Melaka jumpa Ainul... siap buat check up - “Apa yang dia bimbang sebelum ini tidak berlaku”

Kini selepas hampir tiga tahun, kedua-duanya bertemu kembali ibarat sebuah keluarga.

Ainul yang kini hampir mencecah usia empat tahun itu kelihatan gembira dapat berjalan-jalan dan meluangkan masa dengan Dr Amalina di sekitar Pavilion, Kuala Lumpur.

Telatah Ainul yang ceria di samping Dr Amalina, dikongsikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi di Instagram.

"After (selepas) tiga tahun dan sampai bila-bila, semoga ikatan ini akan berkekalan.

"Mama doakan semoga Ainul jadi pandai dan cerdik macam Dr Amalina. Boleh duduk London nanti," tulis Nurul Erwani menerusi hantaran di Instagram Story pada Sabtu.

ainul 2

Hantaran Nurul Erwani menerusi Instagram Story miliknya.

Nurul Erwani turut berkongsi beberapa keping gambar mereka sekeluarga bersama Dr Amalina dan suaminya, di laman sosial tersebut.

Sementara itu, Dr Amalina juga membuat hantaran mengenai pertemuan bersama keluarga Ainul di laman Instagram miliknya.

"Lovely to see Ainul, @_nrlerwani (Nurul Erwani) and @ahmadsafiuddin (Ahmad Safiuddin) again. Alhamdulillah Ainul is healthy and a happy little toddler (Gembira bertemu Ainul, @_nrlerwani (Nurul Erwani) dan @ahmadsafiuddin (Ahmad Safiuddin) lagi. Alhamdulillah Ainul sihat dan anak kecil yang ceria)," tulisnya.

Dr Amalina yang kini berkhidmat di sebuah hospital di United Kingdom, tiba di tanah air minggu lalu menerusi program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LTIB).

Kepulangannya turut disertai suami, Alexander Charles.

ainul 3

Dr Amalina adalah salah seorang doktor yang terlibat dalam pasukan perubatan yang menjayakan pembedahan membuang tumor pada mulut Ainul.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa gembira melihat ikatan ukhwah yang berkekalan antara keluarga Ainul dengan doktor jelita tersebut.

"Alhamdulillah... terima kasih doktor! Ukhwah tetap terjalin.

"Beruntung Ainul dapat jumpa Dr Amalina.

"Sebak pula tengok reunion ni," demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, Ainul yang sebelum ini menghidap 'germ cell tumor', selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram pada mulutnya di hospital kanak-kanak di London pada Jun 2019.

Dr Amalina adalah salah seorang doktor yang terlibat dalam pasukan perubatan yang menjayakan pembedahan tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain