suria

Kasihan Anom! Hidup sebatang kara sambil tanggung skizofrenia, mujur ‘jatuh’ ke tangan pihak sepatutnya - “Dia harus diberi peluang kecapi kehidupan”

Kisah Anom yang sebatang kara dan menghidap skizofrenia menjentik hati Natipah untuk membantu memulihkannya.

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga.

Begitulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan kisah seorang wanita yang kini hidup sebatang kara dan dalam masa yang sama disahkan menghidap skizofrenia.

Kisah wanita bernama Anom yang dikongsikan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu di Facebook, begitu meruntun hati netizen yang rata-ratanya menzahirkan rasa simpati.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apabila wang bukan lagi keutamaan hatinya...” - Aktivis masyarakat kongsi kisah doktor mulia, wakaf rumah berkembar 2 tingkat

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu majikannya orang kenamaan” - Aktivis pelik penghuni halang masuk rumah selepas mohon bantuan, kisah tragis hidup Pia akhirnya terbongkar

Menurut Natipah, Anom yang kini berusia 35 tahun dilahirkan tanpa mengetahui siapakah ibu dan bapanya, dan dia dipelihara oleh keluarga angkat sebelum dirujuk kepada pengetahuan pihaknya oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

"Kesian sangat dekat dia... sudahlah sebatang kara. Kak Pah menerima Anom sebagai satu amanah atas dasar belas kasih. Kak Pah akan cuba memberikan kebahagiaan buatnya, selebih Allah sahaja yang menentukan," kata Natipah yang membahasakan diri sebagai Kak Pah.



Sebahagian daripada perkongsian Natipah mengenai kisah Anom.

Menurut Natipah yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam lapangan kebajikan dan misi kemanusiaan, Anom kini ditempatkan di rumah wakaf yang juga rumah anak yatim yang terletak di Sungai Petani, Kedah sejak kira-kira tiga minggu lalu.

Seorang pembantu Natipah yang juga penyelia rumah anak yatim turut ditempatkan di rumah berkenaan bersama Anom bukan sahaja bertanggungjawab untuk memikul amanah menjaga wanita berkenaan, malahan melatihnya dengan kemahiran asas serta menerapkan serba sedikit ilmu agama kepadanya.

"Selain diajar dengan kerja rumah, Anom juga diajar menulis, membaca dan juga mengaji. Cik Hayati setiap masa dia memerhatikan keadaan Anom bagi mengenali dan memahami dengan lebih dalam lagi.



Anom kini ditempatkan di sebuah rumah wakaf dan dibawah pemantauan penyelia rumah berkenaan.

"Anom memang suka berbual seorang diri. Biarpun tidak jelas buah butir perbualannya tetapi Anom biasanya akan menyebut nama-nama orang yang sudah tiada lagi.

"Kadang-kala juga dia kelihatan ketawa sendirian. Riak wajahnya juga kerap berubah. Tenang, marah dan murung silih berganti," kata wanita berusia 51 tahun ini.

Menurut Natipah, kes Anom juga telah dirujuk kepada seorang doktor pakar sakit jiwa agar kesihatan mentalnya pulih seperti sedia kala.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Anom telah menderita skizofernia selama hampir lebih kurang 15 tahun. Patutlah, sebelum ini Kak Pah difahamkan Anom pernah bersekolah sehingga tingkatan lima. Barangkali sesudah itulah Anom jatuh sakit.

Kesian sangat dekat dia... sudahlah sebatang kara. Kak Pah menerima Anom sebagai satu amanah atas dasar belas kasih.

NATIPAH ABU

AKTIVIS KEBAJIKAN

"Anom perlu mengambil ubat selama dua tahun untuk membolehkan dia memahami keadaan sekeliling dan memahami tanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Kata doktor, 'untuk sembuh seperti sediakala, kun fa ya kun'.

"Buat masa ini Anom perlu bertemu doktor seminggu sekali sehinggalah keadaannya semakin baik," kata Natipah.



Natipah terlibat dalam lapangan kerja kebajikan dan misi kemanusiaan sejak 11 tahun lalu.

Menyifatkan Anom sebagai insan terpilih, Natipah berkata wanita itu adalah amanah yang perlu dipikul sama seperti anak yatim dan golongan kurang berkemampuan yang dirujuk kepada pihaknya sebelum ini.

"Buat diri Kak Pah, apa pun keadaan Anom, tidak terlintas untuk menyisihkan Anom. Dia harus diberi peluang untuk mengecapi kehidupan.

"Selagi ada hayat, Kak Pah tetap akan menjaga dan mendapatkan rawatan terbaik buat Anom. Doakan kami," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain