suria

Dua orang tua meninggal masa PKP, bapa pergi dulu selepas hari-hari tanya ‘bilalah kerajaan nak bagi rentas negeri’ - “Akhirnya dapat balik tapi abah dah tak bernyawa”

Komen seorang pelayar yang kehilangan dua insan tersayang sewaktu PKP benar-benar meruntun hati netizen. Gambar hiasan

KERAJAAN masih mengekalkan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika ini bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang belum menunjukkan tanda-tanda positif untuk berkurang.

Enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 14 April ini.

Sementara itu, 10 negeri dan wilayah iaitu Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sabah termasuk Putrajaya dan Labuan dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga sehingga 14 April.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok pesakit lain menggelupur, meninggal depan mata... wanita dapat bayangkan jenazah sendiri diurus sebelum dibawa ke ICU - “Covid-19 is real, saya dah habis jaga”

ARTIKEL BERKAITAN: Rebah dan meninggal dunia selepas hantar pesakit, KKM sahkan pemandu ambulans negatif Covid-19

Antara aktiviti yang masih dilarang adalah rentas negeri, kecuali bagi mereka yang mempunyai alasan kukuh seperti kematian dan urusan penting lain.

Namun begitu kebelakangan ini kita 'dihidangkan' dengan kisah segelintir pihak yang didakwa tidak jujur dan menggunakan alasan urusan kerja untuk melakukan perjalanan rentas negeri, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati orang lain.

Ketika isu berkenaan masih hangat ketika ini, luahan hati seorang pengguna media sosial mengenai nasib dirinya benar-benar meruntun hati netizen.



Kerajaan masih melarang sebarang pergerakan rentas negeri bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Gambar hiasan

"Sebulan sebelum abah saya meninggal, hari-hari call tanya bila la kerajaan nak bagi rentas negeri. Abah rindu cucu katanya.

"Last video call dua hari sebelum abah pergi, puas dia tengok cucu dia. Akhirnya dapat juga rentas negeri balik tengok abah... tapi abah dah tak bernyawa.

"Dua-dua orang tua saya pergi masa PKP. Al-Fatihah untuk arwah mak dan abah," tulis pelayar tersebut.

Last video call dua hari sebelum abah pergi, puas dia tengok cucu dia. Akhirnya dapat juga rentas negeri balik tengok abah... tapi abah dah tak bernyawa.

PELAYAR FACEBOOK

Menurut pelayar tersebut, ibunya terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhir pada 5 Oktober 2020 manakala arwah bapanya pula meninggal dunia pada 21 Februari 2021.

Luahan hati tersebut dicoret dengan ringkas pada ruangan komen sebuah perkongsian, namun cukup untuk membuatkan rata-rata netizen sebak dan dapat menyelami perasaan yang ditanggung pelayar berkenaan.

Sehingga kini ia meraih lebih 300 shares di Facebook Penang Kini, malah turut dikongsikan beberapa laman Facebook lain.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen melahirkan rasa simpati dengan kisah pemergian kedua-dua orang tua pelayar berkenaan.



Selain meluahkan rasa simpati, ada juga netizen yang berkongsi kisah kehilangan orang tersayang ketika PKP.

Namun ada juga yang berkongsi kisah serupa kehilangan orang tersayang sewaktu PKP.

"Tanggal 27 Mac 2021 dapat rentas negeri tapi bapa mentua dah meninggal. Kesian orang rumah, tahun lepas bulan 3 emak (meninggal dunia)... tahun ni ayah.

"Setahun lebih tak balik kampung start dari mengandung sambung PKP, bersalin, sampailah anak umur 6 bulan. Alhamdulillah dapat balik tapi tengok jasad ayah mentua yang dah tak bernyawa. Dia teringin benar nak tengok cucu dia tapi sampai ke sudah tak dapat. Alfatihah.

"Saya pun ada kehilangan orang masa PKP. Nasib baik tak kena halangan apa-apa atau saman masa merentas. Sempat juga nak mandikan jenazah," demikian antara komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain