suria

Sanggup kerja ‘part-time’ isi tabung beli dron, rakaman memukau di Saloma Link bukti ada skill... siapa sangka remaja ini akan ‘terbang’ ke Mesir

Arib mengahsilkan video di Saloma Link yang mana ia turut dikongsi menerusi Instagram dan TikTok.

SEJAK dibuka kepada umum pada 5 Februari tahun lalu, jambatan pejalan kaki Pintasan Saloma (Saloma Link) menjadi salah satu lokasi ikonik di ibu negara.

Bagi sesiapa yang berkunjung ke sana, mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang merakam video serta gambar kenang-kenangan.

Begitu juga dengan remaja ini apabila dia menghasilkan rakaman dari udara menggunakan dron di Saloma Link sehingga ia tular di media sosial.

ARTIKEL BERKIATAN: Pemuda sanggup terbangkan dron, jadi juruvideo sambilan demi ubah bilik zaman kanak-kanak jadi home studio... kos bawah RM5,000 je!

ARTIKEL BERKAITAN: Instagram kongsi gambar KLCC dirakam anak Malaysia, berbaloi jurutera ini keluar subuh angkut dron! - “Hadiah awal hari jadi saya”

Bercerita kepada mStar, Arib Nazran Ahmad Nizam, 20, mendedahkan ia merupakan kunjungan pertamanya ke lokasi itu pada Ahad minggu lepas.

"Saya dengan kawan-kawan berjalan di sekitar ibu negara. Memang saya bawa dron. Pada mulanya saya rancang nak rakam video di Dataran Merdeka.

Arib bakal melanjutkan pengajian ke Mesir tidak lama lagi.

"Kemudiannya baru terfikir mengenai Saloma Link dan kami terus ke sana pada malamnya. Saya buat video tu sebab nak tunjuk pemandangan dari atas, dari sudut berbeza.

"Sedikit-sebanyak dapat perkenalkan lagi lokasi itu kepada umum. Ini pun kali pertama saya keluar bawa dron. Sebelum ni hanya shoot di kawasan rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," ujarnya.

Dia yang mesra disapa Arib mula berkecimpung dalam hobi berkaitan fotografi dan vidoegrafi sejak zaman sekolah lagi.

Malah, anak kelahiran Kelantan yang membesar di Selangor itu sanggup membuat kerja sambilan demi membeli kelengkapan hobinya.

"Ini kali pertama saya akan ke Mesir. Dari segi homesick, mungkin saya tiada masalah sangat.

ARIB

"Saya mula sewaktu tingkatan empat. Bila sekolah buat acara, saya jadi jurugambar. Saya juga suka buat video.

"Dulu saya bekerja sebagai juruwang di stesen minyak, kumpul duit untuk beli dron. Saya belajar mengendalikan dron menerusi YouTube sahaja," ujarnya.

Bercerita mengenai dirinya, Arib yang juga lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STAM) bakal terbang ke Mesir menjelang hujung tahun ini.

Paparan skrin video Saloma Link yang dihasilkan Arib.

Ujarnya, dia bakal mengikuti pengajian dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar.

"InsyAllah bulan September atau Okotber saya akan berangkat ke Mesir. Sebelum ini saya ikuti kelas persediaan secara dalam talian sahaja.

"Ini kali pertama saya akan ke Mesir. Dari segi homesick, mungkin saya tiada masalah sangat. Sebelum ini saya sudah berjauhan dengan keluarga sewaktu belajar di Terengganu.

Antara karya yang dihasilkan Arib.

"Cuma mungkin nak kena sesuaikan diri dengan cara komunikasi di sana. InsyaAllah saya akan seimbangkan akademik dan hobi saya. Akan teruskan minat saya di sana," ujarnya.

Dalam pada itu, Arib turut berterima kasih kepada netizen yang sudi menonton video-video miliknya di Instagram dan TikTok.

Pesannya, jika punyai minat, usah gusar mengenai kelengkapan yang mahal sebaliknya fokus untuk kembangkan kemahiran terlebih dahulu.

Malah katanya, video yang menarik juga boleh dihasilkan menggunakan telefon sahaja.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain