suria

Pemuda sanggup terbangkan dron, jadi juruvideo sambilan demi ubah bilik zaman kanak-kanak jadi home studio... kos bawah RM5,000 je!

Azim membuat ubah suai demi merealisasikan hasratnya untuk memiliki bilik tidur seperti sebuah 'home studio' di kediamannya.

KELAPANGAN waktu pada November tahun lalu tidak dipersiakan pelajar ini apabila dia secara berperingkat membuat transformasi bilik tidur sehingga semuanya selesai pada awal tahun 2021.

Mengambil masa selama beberapa bulan, Muhammad Azim Che Noor Azeman, 21, berpuas hati dengan hasilnya apatah lagi segalanya disempurnakan dengan hasil titik peluh sendiri.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Azim mendedahkan idea itu bermula daripada rujukan internet dan dia mahu mengubah suasana bilik tidur seiring dengan perubahan usianya.

ARTIKEL BERKAITAN: Videographer sanggup ‘tebal muka’ dekati lelaki tak dikenali di Bukit Bintang, aksi 10 minit je... hasil video, wow luar biasa!

ARTIKEL BERKAITAN: Juruvideo rakam detik sayu PKP... masjid kosong waktu solat Jumaat, hanya gema laungan azan - “Bukan edit, tiba-tiba banyak burung gagak”

"Saya buat dari tahun lepas, upgrade perlahan-lahan. Semua ubah suai termasuk cat saya buat sendiri, cuma almari sahaja saya tempah khas untuk muatkan barang koleksi saya.

"Kos semuanya sekitar RM3,000 ke RM4,000. Saya juga nak ubah sebab bilik tu warna hijau, nampak macam budak-budak.

"Saya dah masuk umur 21, nak sesuatu yang ringkas, nampak eksklusif dan seperti sebuah studio," ujarnya yang juga seorang juruvideo sambilan.

Gambar sebelum dan selepas transforasi dilakukan.

Menurut penuntut bidang pengiklanan di sebuah univeriti di Cyberjaya itu, wang yang dibelanjakan dalam transformasi itu merupakan hasil simpanan sepanjang membuat kerja sambilan selama ini.

Selain menawarkan khidmat sebagai juruvideo, dia juga boleh menerbangkan dron dan turut menerima kerja-kerja berkaitan rekaan grafik.

"Saya bermula sewaktu darjah 6. Mula-mula edit video, main Photoshop edit tukar kepala orang, lama kelamaan jadi minat. Semua saya belajar sendiri melalui YouTube. Tapi dulu saya bercita-cita nak jadi arkitek atau juruterbang.

Keadaan asal bilik pelajar itu.

"Kini, saya boleh terbangkan dron. memang keutamaan saya pada video. Rakam video dan edit video selain buat juga rekaan grafik.

"Secara asasnya saya dapat buat benda ni (ubah suai bilik) pun daripada sumber saya sendiri dengan bantuan ibu ayah sedikit.

Selain impian nak hadiahkan rumah pada mak ayah dan hantar mereka ke tanah suci, saya juga nak buka syarikat sendiri suatu hari nanti.

AZIM

"Sepanjang pandemik melanda tahun lepas, job ada berkurang sedikit tapi masih berjalan. Untuk rakaman indoor tiada masalah, outdoor je ada kekangan sikit," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai kerjaya sambilannya itu, Azim berkata para pelajar yang berbakat harus tampil ke hadapan kerana ia mampu menjadi sumber pendapatan buat mereka.

"Saya buat part time sebab tak nak susahkan mak ayah. Macam mak ayah saya pun dah bersara, mereka ada banyak lagi komitmen lain.

Azim melakukan kerja sambilan sebagai juruvideo dan pereka grafik.

"Kalau ada kepakaran, kita boleh guna untuk jana pendapatan. Kalau tengok jurusan pengajian saya, kos untuk kamera agak mahal.

"Jadi saya buat part time. Kalau tak mampu bayar semua pun, saya minta mak ayah bayarkan separuh. Lama kelamaan, saya upgrade semua pakai duit sendiri," ujarnya.

Azim tidak mempersiakan bakat yang dimilikinya.

Kata Azim yang menetap di Gombak, Selangor, dia gembira apabila wang yang dicari hasil titik peluh sendiri dapat dikongsi dengan ahli keluarga.

Malah, dia komited untuk meneruskan minat itu demi mencapai banyak lagi impian lain pada masa akan datang.

"Bagi saya, satu kepuasan dapat belanja keluarga. Saya anak bongsu daripada empat beradik, semua yang lain dah kahwin dan saya ada enam orang anak buah.

Antara hasil rekaan grafik oleh Azim.

"Bila ada duit, boleh belanja mereka makan, ia satu kepuasan. Dulu mereka invest pada saya, sekarang masanya untuk balas balik.

"Selain impian nak hadiahkan rumah pada mak ayah dan hantar mereka ke tanah suci, saya juga nak buka syarikat sendiri suatu hari nanti.

"Kepada rakan-rakan di luar sana, jangan berputus asa. Teruskan minat. Kalau ada bakat, jangan malu," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain