suria

Wanita ‘perigi cari timba’ masih setia menanti cinta berbalas... dakwa suami langsung tak romantik - “Kesian saya sampai kena minta”

Dia mendedahkan suaminya tidak pernah melayannya secara romantik, seperti pasangan lain. (Gambar Hiasan)

HUBUNGAN perkahwinan biasanya dibina atas rasa cinta antara dua insan.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan wanita ini apabila dirinya boleh diibaratkan seperti perigi mencari timba.

Enggan mendedahkan namanya, si suami tidak pernah suka kepada wanita itu, namun bersetuju untuk berkahwin atas kesungguhan yang ditunjukkan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya berpantang sendiri, badan sakit, hati sakit...” - Sara perempuan lain ketika bisnes sedang maju, isteri dah tak sanggup tengok muka suami

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

Namun katanya, sehingga hari ini dia masih belum dapat melihat kesungguhan suaminya dalam hubungan rumah tangga.

"Masa mula perkenalan, boleh dikatakan saya yang tergila-gilakan suami, sedangkan suami tak pernah suka atau ada perasaan cinta dengan saya.

"Suami mula terima sebab dia nampak kesungguhan saya yang mahukannya dan disitulah timbul rasa sayang dan seterusnya mengahwini saya.

"Tapi saya teringin nak rasa bunga-bunga cinta tu. Maaf kalau sesiapa baca ni termuntah hijau," tulis wanita itu.

Kata wanita itu, suami tidak pernah bersikap romantik dengannya.

Dia berkongsi nukilan hatinya menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga pada Selasa.

Dalam luahan sama, dia mendedahkan suaminya tidak pernah melayannya secara romantik, seperti pasangan lain.

Malah katanya, dia juga terasa bagaikan tidak dihargai oleh suaminya itu.

"Suami ni bukan orang yang suka kat saya, jadi rasa cinta tu tak ada.

"Jadi bila minta buat perkara romantik, dia tak ada hati langsung nak buat.

Jadi saya tak pernah rasa dia buat sesuatu untuk saya rasa dihargai.

ISTERI

"Tiada perbuatan dia yang buat saya rasa dihargai.

"Kesian saya sampai sendiri minta dia buat sesuatu yang romantik, itu pun dia tak buat," luahnya lagi.

Kata wanita itu, dia tahu rasa cinta yang ikhlas itu datang dari hati dan berdoa agar segalanya berubah suatu hari nanti.

Dalam pada itu, ratusan komen turut ditinggalkan netizen, memberikan pendapat berbeza-beza mengenai situasi dihadapi wanita itu.

Antara komen netizen.

Namun, ada sebilangan netizen turut mempertahankan lelaki itu dan memberi nasihat agar dia tidak terlalu mengikut emosi ketika menulis di media sosial.

"Lelaki tak romantiklah bagus untuk rumah tangga. Nanti dia tak romantik dengan perempuan lain kat luar tu. Asalkan dia seorang yang bertanggungjawab.

"Laki aku pun tak romantik tapi dia jalankan tanggungjawab dia, aku dah rasa bersyukur.

"Sorry tergelak sebab laki aku pun tak romantik. Tapi dia romantik bagi aku bila dia pergi basuh berak anak, basuh baju dan sidai baju.

"Kak pun janganlah emosi sangat. Kalau dia tak sayang, dia tak kahwin punyalah," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain