suria

Pesakit tak sedarkan diri dibawa ke klinik, waris pula selamba menipu... padahnya frontliners baru tamat HSO kena kuarantin lagi! - “Memang sakit, dalam sangat kena jolok”

Seorang doktor berkongsi luahan apabila dia dan rakan setugas terpaksa dikuarantin gara-gara waris pesakit Covid-19 tidak jujur.

SUDAH banyak kali kita disajikan dengan perkongsian cerita di mana petugas barisan hadapan (frontliners) dijangkiti Covid-19 atau terpaksa dikuarantin gara-gara sikap pesakit yang tidak bertanggungjawab serta tidak jujur.

Terbaharu, seorang doktor turut meluahkan rasa kecewa kerana perlu dikuarantin kali kedua selepas seorang pesakit yang hadir mendapatkan rawatan di klinik kesihatan (KK) tempatnya bertugas, disahkan positif Covid-19.

Menerusi luahan di Instagram Story dan dikongsikan semula oleh akaun Twitter Malaysia Virall, doktor wanita tersebut berkata dia baharu sahaja selesai menjalani Pemerhatian di Rumah atau Home Surveillance Order (HSO), sebelum diarahkan untuk menjalani HSO semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit tak cakap benda betul, doktor kena kuarantin... ‘sakit’ lihat anak meraung minta dukung - “Tolong jangan menonong masuk klinik”

ARTIKEL BERKAITAN: Frontliner ‘taat SOP’ senasib dengan tok imam! Sakit hati disahkan positif Covid-19 tapi menangis dengar kawan titip ungkapan penyedap hati

Bagaimanapun menurut doktor tersebut, pengalaman pada kali ini lebih teruk berbanding yang sebelumnya.

"Baru je lepas HSO tapi kena swabbing dan HSO balik... tapi kali ini lagi teruk.

"Kali ini memang sakit, sampai menjerit. Memang dalam sangat kena jolok. Perit dah jadi mangsa keadaan ni.

"Balik rumah dengan basic PPE (peralatan perlindungan peribadi) nak ambil baju, barang kelengkapan untuk pergi kuarantin," tulis doktor tersebut sambil memuat naik beberapa keping gambar ketika dia menjalani ujian calitan (swab).



Antara luahan doktor berkenaan yang kecewa dengan sikap waris pesakit yang enggan memberikan maklumat tepat kepada petugas perubatan.

Menurut doktor ini, segala-galanya bermula sehari sebelumnya di mana bahagian kecemasan klinik kesihatan tempatnya bertugas dikunjungi oleh seorang pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

"Relative (waris) beritahu mak dia tak sedarkan diri sebab ada kencing manis (hypo), bila kita soal jawab bertalu-talu, diorang bagi info tak sahih semata-mata nak kami segera selamatkan mak dia. Rupa-rupanya mak dia tak sedarkan diri sebab sesak nafas.

"Dahlah tak bagi kerjasama dalam memberi info, lepas tu masuk berkumpul dalam kecemasan ramai-ramai pulak, dah suruh tunggu di luar... tak dengar kata," luahnya.

Pesakit tersebut kemudian perlu diintubasi dengan mesin bantuan pernafasan dan berada di dalam keadaan koma, sebelum dipindahkan ke hospital tidak lama kemudian.



Beginilah keadaan imbasan x-ray paru-paru pesakit yang disahkan positif Covid-19 sebagaimana yang dikongsi oleh doktor berkenaan.

"Pukul 3 pagi tadi dapat berita, pesakit tu positif Covid-19. Maka menangis la semua yang attend case.

"So hari ini semua staf yang attend case dia kena kuarantin (HSO) dan swabbing tiga kali. Kitorang diarahkan oleh pakar unit penyakit berjangkit tak boleh kuarantin di rumah yang ada famili.

"Sebab gene-strain virus dia tu kuat sangat, plus dia datang dari kampung yang ada kluster. Jadi lumpuhlah staf di kecemasan situ yang handle case tu sebab semua kena HSO," luahnya lagi.

Nasib baik PKP dan tak boleh rentas negeri. Bila ramai staf yang kena HSO dan infected (dijangkiti), so siapa yang nak selamatkan dan rawat semua?

DOKTOR

Tambahnya, situasi tersebut nyata menyulitkan ramai pihak apabila petugas kesihatan 'lumpuh' disebabkan sikap tidak jujur pesakit dan waris yang terlibat.

"Nasib baik PKP dan tak boleh rentas negeri. Bila ramai staf yang kena HSO dan infected (dijangkiti), so siapa yang nak selamatkan dan rawat semua?

"Pekerja kesihatan beriya nak selamatkan nyawa orang sampai nak tergadai nyawa sendiri. Kerja penat nak mati, buat itu buat ini tak kena, bersengkang mata standby case, tak kena sikit kena marah, kena complain, last last bawak balik virus dekat famili," ujarnya lagi.



Reaksi seorang petugas perubatan yang sedang bertugas. Foto: Azhar Mahfof/The Star

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 18,700 retweet selain dibanjiri komen netizen yang turut sama mengecam segelintir individu yang langsung tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.

"Saya yang jaga kaunter saringan dan fever center dekat klinik pun penat. Bila ditanya tak jawab. Dah masuk dalam klinik kantoi dengan staf lain sebab ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dan lepas swab. Terkilan juga rasa bila diri sendiri kena marah sebab orang macam ni," komen seorang netinzen.

"Benda paling penting sekali manusia lupa ialah common sense. Nak selamatkan diri dan famili sendiri je... orang lain mana nak ambil kisah," tulis netizen lain pula.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain