suria

Tak perlu terkinja-kinja menari, wanita berhijab ini ‘masyuk’ hanya dengan buat ‘finger dance’ di TikTok - “Jari, kaki sama-sama lenguh”

Antara video tarian jari oleh Zie yang tular di TikTok.

AKSI bersahaja seorang wanita yang membuat tarian jari (finger dance) membolehkan dia meraih lebih 277,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Menurut Wan Aishatun Wazifa Wan Ismail, 28, dia sekadar meniru aksi seorang pengguna TikTok luar negara yang dikenali sebagai Cindy dan sama sekali tidak menyangka namanya kini menjadi sebutan ramai.

Selain meraih pengikut tempatan, video tariannya juga pernah tular sehingga ke Turki dan Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi tarian K-Pop setiap hari sejak PKP, jejaka ini terkejut pengikut di TikTok lebih tenang... tak pernah kecam!

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka berdarah kacukan gara-gara video TikTok, jejaka akui ada yang terkejut dia boleh cakap loghat Kelantan

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Zie mendedahkan tidak mudah sebenarnya untuk melakukan aksi tarian itu.

"Saya tengok seorang pengguna TikTok buat dan cuba ikut. Saya bermula pada awal tahun 2019. Sampai sekarang saya dah hasilkan dua koreografi sendiri.

"Selebihnya saya copy koreografi orang lain. Awal-awal dulu susah juga. Jari tak terbiasa, sakit jari-jari ni dulu.

Zie memiliki lebih 200,000 pengikut di TikTok.

"Tapi sekarang macam dah fleksibel sikit. Nak hafal koreografi tu bergantung kepada step juga. Kalau ada step yang susah nak ikut, saya ubah je ikut kreativiti sendiri.

"Jari dan kaki sama-sama lenguh. Sebab kena rakam banyak kali nak bagi nampak kemas, tu yang susah dan lambat," ujarnya.

Manis berhijab, Zie berkata dia gembira apabila sering menerima komen positif di aplikasi itu.

Sekarang saya buat paid review di TikTok je. Bila PKP, bisnes tak on, dengan hujan lagi.

ZIE

"Alhamdulillah setakat ni banyak yang positif. Ada yang kata, baguslah main ni tapi masih tutup aurat.

"Lebih kurang macam tu lah semua komen. Tapi ada juga yang negatif. Tapi sikitlah. Kalau 1,000 komen, dua je yang negatif," ujarnya yang kerap membuat video tarian sambil memakai pelitup muka.

Tambah Zie yang menetap di Terengganu, penghasilan video TikTok secara suka-suka turut membuka pintu rezeki buatnya.

Dedah Zie, TikTok mampu membawa pulangan tatkala perniagaannya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Antara video di TikTok wanita itu.

"Saya ada buat bisnes bagi kejutan dengan dekorasi hadiah, tapi sebab PKP, kena berhenti operasi.

"Sekarang saya buat paid review di TikTok je. Bila PKP, bisnes tak on, dengan hujan lagi... memang terjejas.

"Awalnya main TikTok suka-suka, lepas tu saya melawak kata boleh mesej saya untuk buat paid review.

Video Zie juga pernah tular sehingga ke luar negara.

"Tiba-tiba ada orang mesej betul-betul tanya maklumat semua. Dari situ saya realitikan benda tu. Saya review dengan buat video.

"Saya terima semua produk kecuali produk kecantikan wajah. Sebab setiap yang saya review saya pakai. Kulit saya agak sensitif untuk cuba skincare baharu.

"Saya tak nak review tanpa tahu produk tu bagus atau tidak. Saya kena pastikan review tu bagus untuk followers saya," jelasnya panjang lebar.

Tambah Zie, TikTok juga dimanfaatkan sebaiknya pasti boleh memberi kebaikan kepada kita semua.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain