suria

“Patut la saya order lambat sampai” - Rider aktif buat video TikTok beri penjelasan, mengakui dirinya dah lama ‘masuk air’

Haikal mula menyertai TikTok pada awal tahun ini.

SETIAP individu ada cara tersendiri dalam menghilangkan tekanan kerja.

Begitu juga rider penghantar makanan ini apabila dia menjadikan aplikasi TikTok sebagai medium penghibur buat dirinya.

Baru sahaja membuka akaun TikTok pada awal tahun ini, Muhammad Afiq Haikal Fared Fahishal, 23, sama sekali tidak menyangka video yang dihasilkannya akan mencuri perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masing-masing tak ada hidung ke?” - Pelanggan malas turun, rider terpaksa redah sampah di flat demi tanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider GrabFood ini nak menangis

"Saya dah jadi rider sejak tahun 2019. Baru aktif TikTok sejak tahun ini, tapi dah 'masuk air' sejak lahir.

"Saya main TikTok untuk release tension. Dulu takut, takut kena kecam. Tapi sekarang, orang kecam pun tak apa... yang penting puas hati.

"Kita geng-geng motor, mana nak main menari macam ni? Lepas saya mulakan, ramai kawan-kawan download TikTok juga. Ia bantu dari segi keyakinan diri nak bercakap depan kamera," ujarnya kepada mStar.

Antara video Haikal yang tular di TikTok.

Mesra disapa Haikal, pemuda dari Putrajaya itu berkata dia seronok dengan penerimaan netizen terhadap golongan rider sepertinya di TikTok.

Namun katanya, dia tidak terlepas menerima komen negatif segelintir individu termasuklah yang menuduh makanan lambat sampai ke tangan pelanggan gara-gara rider leka bermain TikTok.

"Memang terkejut. Alhamdulillah rasa sangat teruja dengan penerimaan semua. Tapi kami faham, kami pun tahu bila nak main TikTok.

Pengalaman seram pula memang tak ada sebab saya tak takut hantu.

HAIKAL

"Ada yang salah tanggapan. Tapi saya tak ambil hati. Saya jenis happy go lucky. Apa pun, saya seronok sebab ramai yang hargai.

"Saya main TikTok masa dengan kawan-kawan, atau di luar waktu kerja," ujarnya lagi.

Menrut Haikal, dia turut terharu dengan komen positif orang ramai yang mendoakan serta memberi kata-kata positif buat rider di media sosial.

Haikal mencari masa yang sesuai untuk membuat video agar tidak mengganggu kerjanya.

"Saya nak cakap kepada yang sokong kami dalam industri penghantaran makanan, terima kasih. Kami tahu kadang-kala ada kekurangan, kami minta maaf dan cuba lakukan yang terbaik.

"Peristiwa manis sepanjang jadi rider tentunya apabila dapat duit tip daripada pelanggan. Kena maki sebab makanan lambat tu biasalah.

"Saya berani ambil kerja ni, kena berani terima apa yang diberikan. Pengalaman seram pula memang tak ada sebab saya tak takut hantu," ujarnya berseloroh.

Haikal kini bukan lagi rider sepenuh masa.

Dedah Haikal, dia kini hanyalah rider sambilan dan hanya melakukan kerja itu pada waktu lapang kerana sudah bekerja sebagai recruiter dalam sebuah syarikat penyedia khidmat penghantaran makanan.

Namun katanya, dia komited terus menghasilkan video menghiburkan dan bermanfaat agar golongan rider terus dekat di hati masyarakat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain