suria

Terkesan PKP, tiap hari ‘badut’ iklan jualan makanan di Facebook walau tiada like... terkejut dapat sumbangan ketika buat tauhu bakar – “Datangnya tiba-tiba, tak tahu dari mana”

Suwaibatun atau lebih dikenali sebagai Pak Kadut menjual makanan seperti tauhu bakar. foto facebook Pak Kadut

MUSIM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini ternyata memberi kesan kepada banyak pihak yang bekerja untuk menyara kehidupan.

Ini terutama mereka yang menjana pendapatan ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Begitulah nasib yang terpaksa dihadapi oleh seorang lelaki yang berkhidmat sebagai badut sepenuh masa, Suwaibatun Nahar Mohd Juffri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tawar sushi RM1, niat bapa 2 anak sedekah 50 biji tiap Jumaat bawa rezeki berganda - "Satu hari nak buka but kereta bukan jual sushi, tapi beri percuma"

ARTIKEL BERKAITAN: Mak suruh belanja 2 makcik cleaner makan, anak turutkan saja tanpa banyak bunyi... tak lama kemudian datang rezeki tak pernah dijangka

Enggan berputus asa dan bergelar penganggur, lelaki berusia 45 tahun itu mengambil keputusan untuk menjual makanan dari rumahnya di Simpang Renggam di Kluang, Johor.



Antara makanan yang dijual oleh Suwaibatun.

Mengakui baru berjinak-jinak dalam bisnes secara kecil-kecilan, Suwaibatun yang lebih dikenali sebagai Pak Kadut mengharapkan sokongan terhadap usahanya itu.

"Saya adalah seorang peniaga yang baru belajar. Saya akan iklankan jualan hari-hari walaupun tiada yang like (tanda suka). Inilah azam saya. Sokong ya," tulisnya di laman Facebook miliknya.

Antara yang dijual oleh Suwaibatun adalah tauhu bakar, sosej bakar dan sate ikan atau lebih dikenali sebagai lokcing ikan serta mempelam asam boi.

Bapa tiga anak itu berkata, dia berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup bagi menyara keluarganya.

"Walaupun ia tidak banyak, selagi keluarga saya gembira, ia sudah mencukupi," kata Suwaibatun kepada The Star dipetik sebagai berkata.



Pak Kadut merindui momen menceriakan orang ramai. foto Facebook Shamsusahar Eban

Walaupun PKP, dia masih memakai topeng badut dan melakukan gimik belon ketika menjual makanan memandangkan kebanyakan pelanggannya adalah kanak-kanak.

"Semasa PKP yang pertama tahun lalu, semasa melakukan pertunjukan jalanan atau di majlis tertentu, mahupun ketika saya bersiaran langsung di Facebook, saya sentiasa mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan norma baharu termasuk penjarakkan sosial, sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan mereka," katanya yang mempunyai lebih 10,000 pengikut di Facebook turut membantu rakan-rakannya menjual produk mereka di media sosial.

Saya adalah peniaga yang baru belajar. Saya akan iklankan jualan hari-hari walaupun tiada yang like. Inilah azam saya

SUWAIBATUN NAHAR MOHD JUFFRI

Dalam pada itu, Suwaibatun berharap wabak Covid-19 segera berakhir tidak lama lagi bagi membolehkannya kembali beraksi sebagai Pak Kadut untuk menceriakan orang ramai.



Posting Suwaibatun mengenai sumbangan yang diterimanya daripada seorang individu.

Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh Suwaibatun, muncul seorang insan yang bermurah hati menyumbangkan bantuan buat dirinya sekeluarga.

"Terharu Pak Kadut menerimanya. Datangnya tiba-tiba, tak tahu dari mana berborak sekejap sambil Pak Kadut membuatkan tauhu bakar buatnya.

"Tak lama (kemudian) datang kembali dengan membawa sumbangan barangan kering buat Pak Kadut sekeluarga.

"Semoga bos sekeluarga diberikan rezeki yang halal melimpah ruah, keimanan, kebahagiaan, kesihatan, kejayaan dunia dan akhirat," katanya menerusi posting di Facebook tanpa mendedahkan identiti penyumbang tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain