suria

Buat aktiviti ikut sunnah, wanita hamil terjatuh dari kuda tetap steady walau ramai anggap sengaja ‘cari penyakit’

Wanita dikenali sebagai CPA dikecam kerana berkuda ketika hamil tujuh bulan.

MALANG menimpa seorang wanita hamil apabila dia terjatuh sewaktu sedang menunggang seekor kuda.

Menerusi video tular di laman Twitter pada Ahad, wanita yang sarat hamil tujuh bulan itu dikerumuni beberapa individu sejurus terjatuh ke atas tanah.

Selain ramai bersimpati dan risau akan keselamatannya, dia turut dihentam netizen kerana didakwa melakukan aktiviti berisiko dalam keadan berbadan dua.

ARTIKEL BERKAITAN: Disah hamil sebulan sebelum PKP, bakal ibu ini risau jadi ‘bahan’ rakan sekerja otak kuning

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak mahu bayi ini!” - Doktor terkedu, wanita tak gembira disahkan hamil kerana sudah ikat peranakan

Tampil memberi penjelasan di media sosial, wanita yang dikenali dengan nama Cik Puan Azila itu mendedahkan dia dihujani pelbagai pertanyaan sejurus video itu menjadi tular.

"Sesuatu yang luar biasa terjadi semalam apabila video saya jatuh dari kuda, tergelincir sebenarnya tiba-tiba viral di media sosial.

"Bertubi-tubi panggilan telefon dari keluarga dan kawan-kawan yang risau keadaan saya. Saya faham, mungkin sebab saya tengah sarat tujuh bulan.

"Sebab tu ramai yang risau. Alhamdulillah saya okay je tak ada yang serius setakat ini. Syukur kepada Allah," ujarnya.

Kata CPA, kuda itu sudah dianggap seperti anak sendiri.

Menurut wanita yang menggelarkan dirinya dengan nama pendek CPA itu, dia juga sempat meneliti komen-komen netizen di laman sosial termasuklah yang mentertawakan kejadian itu.

Jelasnya, dia sebagai orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan memiliki hati dan jiwa yang kental serta tidak begitu terkesan dengan kata-kata yang dilemparkan.

"Masa dapat tahu video saya viral, sempatlah tengok perbualan di Twitter. Kali pertama kena kecam memang tak terhadam membaca komen-komen netizen.

Tuan kuda dengan kuda kena ada bonding. Sekali sekala kena datang tanya khabar.

CPA

"Ada yang kata sendiri cari pasal, sendiri tanggunglah, cari penyakit dan macam-macam lagilah.

"Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat. Mental fizikal orang bisnes kena kuat. Yang bagi kata-kata semangat dan mendoakan kandungan saya, Alhamdulillah terima kasih," ujarnya lagi.

Dalam penjelasan di Facebook miliknya, CPA mendakwa aktiviti berkuda dibolehkan untuk wanita hamil, namun perlu dilakukan secara lebih berhati-hati.

Selain satu amalan sunnah, ia juga boleh membina sikap kepimpinan dalam diri individu yang menunggang kuda, kata CPA lagi.

Antara komen netizen.

"Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ni bukan tak boleh tapi just kena berhati-hati.

"Macam dalam video tu sebenarnya CPA override saja tapi berlaku sedikit kesilapan teknikal hingga tergelincir. Setakat pusing-pusing joy ride tak apa.

"Menunggang kuda semasa mengandung ni sebenarnya bagus, bantu betulkan postur badan ibu hamil dan mudahkan proses bersalin juga.

"Lagipun tunggang kuda amalan sunnah dan mengajar kita leadership atau sifat kepimpinan," ujarnya lagi.

Dedah CPA, kuda itu merupakan haiwan peliharaannya sendiri.

Namun, dia sudah lama tidak 'bertemu' dengan haiwan berkenaan yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

"Sebenarnya dah lama tak jumpa dia. Rose ibarat anak saya. CPA rindu Rose sebab berbulan jugalah tak jenguk dia.

"Saja nak melawat dia sebelum bersalin. Tuan kuda dengan kuda kena ada bonding. Sekali sekala kena datang tanya khabar. Doakan saya selamat bersalin ya," katanya lagi.

Di Twitter, video itu meraih hampir 50,000 tontonan dalam masa 24 jam selepas dimuat naik dan dihujani dengan pelbagai komen netizen.

"Lah pregnant? Aku pula yang seriau tengok.

"Selalunya orang mengidam nak makan macam-macam tapi sis ni mengidam nak naik kuda. Kan dah jatuh.

"Kuda tu terdiam lepas perempuan tu jatuh, kesian kuda tu trauma.

"Dia yang pregnant aku yang rasa sakit," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain