suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rebah dan meninggal dunia selepas hantar pesakit, KKM sahkan pemandu ambulans negatif Covid-19

Punca sebenar kematian pemandu ambulans tersebut masih disiasat.

PEMANDU ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 dalam satu kejadian di Perak semalam, disahkan negatif pandemik tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil beberapa ujian saringan COVID-19 yang dilakukan Allahyarham sebelum ini adalah negatif.

“Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain, ” menurutnya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama pada Selasa.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu.

Tular di media sosial sejak semalam tentang pemandu ambulans itu yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit C0VID-19 ke sebuah hospital di Perak.

Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan.

Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain