suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Insiden tembakan di sempadan Malaysia-Thailand: Seorang anggota PGA maut, seorang lagi kritikal

Mendiang Koperal Baharuddin maut dalam insiden tembakan di sempadan Malaysia-Thailand.

SEORANG anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) terkorban manakala rakan sepasukannya cedera parah selepas terkena tembakan di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi Selasa.

Dalam kejadian pukul 3.10 pagi itu, mangsa Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang melakukan penugasan kawalan keselamatan Op Benteng bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal.

Difahamkan berlaku insiden berbalas tembakan antara anggota PGA dengan dua kumpulan penyeludup ketika mendiang sedang menjalankan tugas risikan di tembok sempadan (TS9).

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

"Saya dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Baharuddin.

Sesungguhnya, pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat pasukan PDRM dan negara, ” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook PDRM.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain