suria

Badan, mata anak lebam selepas balik dari rumah pengasuh... konon terkena mainan! Jawapan doktor rungkai segalanya - “Ada CCTV, berdaftar belum tentu selamat”

Kesan lebam pada bahagian belakang badan dan mata bayi ini disyaki akibat penderaan.

KITA sering dipaparkan dengan berita mengenai insiden yang menimpa anak kecil ketika berada di bawah jagaan pengasuh.

Lebih menyedihkan, ada beberapa insiden yang berlaku sebelum ini melibatkan kes kematian akibat penderaan.

Bayangkan perasaan ibu bapa apabila melihat tubuh kecil insan yang ditatang bagai minyak yang penuh, mempunyai banyak kesan lebam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi di rumah pengasuh! Doktor simpati nasib ibu hilang anak, tiada jawapan entah berapa lama ‘kepala di dalam baldi, kaki ke atas’ - “Mana tahu pagi itu hari terakhir ibunya lihat dia tersenyum”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sanggup lakukan apa saja demi Ain” - Siswa UKM tolak tuduhan sebar kisah mangsa dera sebab nak popular

Baru-baru ini, seorang ibu turut berkongsi insiden yang menimpa salah seorang anak kecilnya yang disyaki didera oleh pengasuh.

"Pada 2 Ogos, hari yang paling sedih untuk keluarga aku dan hanya Allah yang tahu. Anak balik dengan lebam dekat belakang badan dan mata.

"Kau (pengasuh) cakap Abang Hud baling mainan kepada Lut. Sampai rumah bila check belakang Lut, aku tengok lebam teruk. Tak sedap hati dengan melalak-lalak tu, aku pergi bawa check kat klinik.

"Doktor check kejap kemudian terus bagi surat kena rujuk Hospital Putrajaya sebab macam kena abuse. Sampai hospital, nurse hubungi polis untuk datang dan kami kena report polis, kemudian baru buat detail check-up," kongsinya.



Gambar yang dirakam ketika kejadian baru berlaku menunjukkan mata anak wanita berkenaan lebam dan bengkak.

Sebaik urusan berkaitan dengan pihak polis sudah selesai, bayi wanita ini kemudian diperiksa oleh beberapa doktor termasuk pakar kanak-kanak dan perbidanan.

"Dan hasilnya doktor cakap bukan dari kesan terkena mainan. Kebarangkalian untuk Lut dipukul sangat tinggi. Didera atau tak tu, hanya Allah yang tahu.

"Yang penting lepas check, aku tahu organ dalaman dia OK dan tulang belakang dia pun OK. Tapi tetap kena pantau Lut untuk beberapa hari takut ada yang tak kena... terus kena datang hospital balik," ceritanya.

Menurut wanita tersebut, keadaan anak kecilnya beransur pulih sehingga ini, namun apa yang berlaku sudah cukup membuatkan dirinya trauma untuk memberi kepercayaan kepada pengasuh.

Aku pilih untuk tak melakukan apa-apa kepada kau sebab kau pun seorang ibu. Aku risau kalau aku ambil tindakan, apa yang akan jadi pada anak-anak kau.

IBU MANGSA

"Bagi yang nak mencari pengasuh berhati-hatilah terutama yang duduk area Pulau Meranti supaya apa yang jadi pada baby Lut tak jadi pada anak-anak lain.

"Cakap ada CCTV dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pun belum tentu selamat. Macam kes baby Lut ni, bila jadi kes, CCTV pun tak bagi tengok.

"Lebih sedih boleh cakap ibu bapa lain tak kisah pasal lebam-lebam tu. Seolah-olah tak mengapa untuk budak kecil ada kesan lebam," ceritanya.

Walaupun begitu, dia memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengasuh berkenaan kerana masih memikirkan tentang anak-anak wanita berkenaan.



Antara komen netizen yang meluahkan rasa geram dan simpati di atas kejadian yang menimpa bayi malang berkenaan.

"Aku pilih untuk tak melakukan apa-apa kepada kau sebab kau pun seorang ibu. Aku risau kalau aku ambil tindakan, apa yang akan jadi pada anak-anak kau. Kesian pada anak kau nanti.

"Tapi apa yang kau buat pada anak aku, takkan sekali pun aku lupa. Tak apa kau pun ada anak, ingat kifarah dari Allah ada. Biar Allah yang balas.

"Cuba untuk tak aibkan siapa-siapa tapi aku rasa tanggungjwab aku tak lepas kalau aku tak up pasal kecuaian kau ni supaya tak jadi pada anak orang lain," katanya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya melahirkan rasa geram dengan sikap kejam pengasuh berkenaan.

Malah mereka menggesa wanita berkenaan agar mengambil tindakan lanjut terhadap pengasuh berkenaan sebagai pengajaran dan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain