suria

Gas tak berbau! Kaki melecur, bulu mata dan kening wanita ini terbakar disambar api ketika sedang semangat nak masak spaghetti

Norma melecur di kaki akibat disambar api berpunca daripada kebocoran tong gas yang diletakkan di dalam kabinet tertutup.

MALANG tidak berbau. Begitulah nasib seorang wanita yang melecur di bahagian kaki selepas disambar api ketika hendak memasak di dapur.

Menurut Norma Samarudin, kejadian tersebut berpunca daripada kebocoran pada tong gas yang diletakkan di bawah kabinet dapur rumahnya.

"Masa tu saya nak masak spaghetti nak buat bekal makan tengah hari. Dekat rumah ni tempat memasak memang ada kabinet sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Buang, jangan sesiapa guna lagi!” - Larangan tegas ayah selepas tragedi sup tulang, 15 minit sebelum berbuka

ARTIKEL BERKAITAN: “Muka Melecur Hitam Terkena Periuk Meletup, Rasa Nak Tangguh Kahwin Tapi...”

"Jadi tong gas dengan beras diletakkan sekali dalam kabinet tertutup tu. Tak pernah terfikir kalau tong gas disimpan dalam kabinet tertutup boleh sebabkan perkara macam ni," katanya kepada mStar.



Selain melecur di kaki, bulu kening dan bulu mata Norma turut terbakar akibat disambar api pada kejadian Ahad lalu.

Jelas ibu kepada dua anak itu, sebelum memasak dia akan memastikan tong gas tersebut dalam keadaan baik.

"Macam biasa sebelum memasak saya akan check dulu kot-kot ada bunyi atau bocor. Alhamdulillah tak ada. Saya pun masak dengan penuh bersemangat.

"Tengah masak tu teringat nasi tak masak lagi jadi saya pun tunduk nak ambil beras bawah kabinet tu. Masa tulah api datang menyambar.

"Masih jelas api oren terus datang menyambar baju dengan skirt. Allahu... saya terus lari masuk bilik air kemudian buka tingkap dan pintu dapur. Lepas tu barulah tutup api dan cabut kepala tong gas," katanya.

Norma berkata seluruh badannya menggeletar selepas insiden itu.

"Menggeletar kaki tangan saya. Saya dapat rasakan panas kat kaki, lepas tu bau terbakar. Masa tu saya hanya terfikir tong gas nak meletup dah.



Keadaan baju dan skirt (kanan) yang terbakar akibat disambar api.

"Nasib baik masa tu dua anak saya tengah tengok TV dekat ruang tamu. Selalunya Aaira akan main dekat tempat beras tu, ambil beras lambung buat macam hujan.

"Mungkin tong gas tu ada bocor tapi tak keluar bau sebab disimpan dekat kabinet tertutup. Jadi bila buka je kabinet tu, api dekat dapur tu ‘trigger’ dengan gas yang baru keluar dari kabinet," katanya.

Menggeletar kaki tangan saya. Saya dapat rasakan panas kat kaki, lepas tu bau terbakar. Masa tu saya hanya terfikir tong gas nak meletup dah.

NORMA SAMARUDIN

Ibu

Pada masa sama, wanita berusia 28 tahun itu mendedahkan bulu mata dan bulu keningnya turut terbakar.

"Alhamdulillah semua selamat cuma kaki saya kena api sikit tapi sekarang dah OK, dah boleh jalan sana sini. Bulu kening dan bulu mata pun terbakar sikit.

"Jadi muka saya sedikit kelakar. Mula-mula tu malulah juga... tak confident orang cakap. Tapi dah jumpa kawan-kawan kami pun sama-sama gelak.



Antara komen netizen pada posting tersebut.

"Saya pun jadi lupa yang bulu kening dan bulu mata jadi pendek. Saya tak kisah pun malah bersyukur sebab tak ada kecederaan lain dekat muka, ” katanya yang pergi ke klinik berdekatan selepas insiden itu.

Mengenai perkongsiannya yang tular di media sosial, Norma berkata dia hanya mahu orang ramai ambil iktibar daripada tragedi menimpanya.

“Ini first time kena, memang cuak sangat masa tu. Jadi saya harap apa yang berlaku pada saya dapat beri peringatan buat semua.

“Malang tidak berbau, walaupun kita dah berhati-hati tapi kalau benda nak jadi tetap jadi tanpa kita duga. Berhati-hatilah, ” katanya mengakhiri perbualan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain