suria

Pelik... Air merah dalam botol rungkai sisi mulia Junaidi, siap standby dalam bakul motosikal bantu runner 'kering' petrol - “RON97... minyak mahal tu”

Junaidi semasa mengambil pesanan makanan di rumah Wan Luqman.

TINDAKAN seorang peniaga yang akan ‘bersuai kenal’ dengan setiap runner penghantar makanan yang digunakan untuk bisnesnya telah membongkar sisi mulia seorang pemuda bernama Junaidi.

Menurut Wan Luqman Wan Ahmad yang mengendalikan perniagaan secara dalam talian sejak lima tahun lalu, segalanya bermula dengan pertanyaannya mengenai air berwarna merah dalam botol yang diletakkan di bakul motosikal runner tersebut.

"Sepanjang lima tahun, berpuluh-puluh runner saya jumpa. Dari situ berbagai karenah saya jumpa. Ada yang bagus ada yang kurang bagus dan tak bagus dari segi disiplin.

ARTIKEL BERKAITAN: Runner RM1 wujud selepas graduan UiTM ini buntu tak dapat kerja, tolak jadi rider hantar makanan sebab ‘tak berani lawan cakap mak’

ARTIKEL BERKAITAN: Runner tersadai tepi highway dianiaya pelanggan wanita, order 10 barang kemudian block nombor telefon - “Saya sedekahkan kepada jiran”

"Kebetulan saya dapat short notice order. Jadi saya pun request runner guna apps. Datanglah runner yang pick up order, Junaidi namanya. Saya tak kenal pun dia. Ini kali pertama saya guna khidmat dia.



Wan Luqman sekadar berkongsi kisah bermanfaat di Facebooknya.

"Kebetulan setiap kali jumpa, soalan pertama saya akan tanya nama dia (runner). Tapi kali ni saya tertarik dengan air merah dalam botol dekat bakul motosikal dia. Jadi saya pun tanya apa tu? Dia cakap ‘petrol’ bang, ” katanya kepada mStar.

Mendengar jawapan tersebut, Wan Luqman pada awalnya menyangka pemuda itu membawa bekalan petrol itu untuk dijual kepada runner lain.

MasyaAllah. Perbuatan mulia tu. Allah dan Rasul cukup suka orang macam Junaidi.

WAN LUQMAN WAN AHMAD

Peniaga

"Banyaknya bawa bekal petrol. Dia kata kadang runner lain nak petrol. Jadi saya pun ingat dia jual petrol on the go untuk runner-runer lain, ” katanya.

Namun pemuda berusia 36 tahun itu terkejut apabila mendengar reaksi spontan Junaidi.

"Dia kata tak jual. Dia hanya bagi sedekah je. Mana-mana runner tersadai tepi jalan petrol habis, dia tolong tuang petrol.



Antara makanan yang dijual Wan Luqman secara atas talian.

"Saya pun tanya kenapa tak jual? Dia kata bagi free je sebab dulu dia pernah kehabisan petrol dan ada orang tolong bagi petrol dekat dia.

"Jadi kiranya dia nak balas balik, nak buat macam yang dialaminya pada orang lain," katanya mengimbas kembali perbualan mereka.

Pada masa sama, Wan Luqman mengakui kagum dengan sifat terpuji runner tersebut.

"MasyaAllah. Perbuatan mulia tu. Allah dan Rasul cukup suka orang macam Junaidi.

"Tengok petrol tu warna merah. Warna merah tu RON97... minyak mahal tu.

"Saya doakan semoga Allah memberkati dan mencurahkan rezeki ke atas diri dan perkerjaannya," katanya.



Antara komen netizen pada posting tersebut.

Mengenai posting tersebut, Wan Luqman sekadar mahu berkongsi kisah yang boleh menjadi teladan kepada semua.

"Saya tak expect pun viral sebab saya just nak share cerita dan benda-benda bermanfaat di Facebook saya sendiri.

"Malah saya yakin kisah Junaidi boleh memberi teladan dan kebaikan kepada orang lain.

"Kita jangan pelik sebab melakukan perkara baik itu adalah tuntutan dalam agama dan kehidupan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain