suria

Runner RM1 wujud selepas graduan UiTM ini buntu tak dapat kerja, tolak jadi rider hantar makanan sebab ‘tak berani lawan cakap mak’

Shukri menerima sokongan ramai selepas berkongsi hebahan mengenai khidmat ditawarkan menerusi Twitter.

SATU permulaan yang cukup sukar.

Begitulah kisah melibatkan seorang lepasan bidang Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) setelah dia menamatkan pengajian diploma pada awal tahun ini.

Menurut Muhammad Shukri Mat Salleh, 22, dia sama sekali tidak menyangka dunia akan dibadai pandemik Covid-19 sehingga memberi kesan buat seluruh masyarakat termasuklah dirinya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Runner tersadai tepi highway dianiaya pelanggan wanita, order 10 barang kemudian block nombor telefon - “Saya sedekahkan kepada jiran”

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam perjalanan hantar order, rider nak menitis air mata baca notifikasi di telefon... terus berhenti tepi - “Sepanjang jalan rasa sejuk je...”

"Saya habis belajar bulan Januari. Jadi saya terus cari kerja. Alhamdulillah dapat kerja pada Mac, kemudian kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehari sebelum saya bekerja.

"Jadi syarikat itu tunda pengambilan saya sehingga Mei. Selepas masuk kerja dua bulan, mereka terpaksa hentikan saya pada Julai.

"Bermula Julai sehingga September, saya anggap ia detik paling low dalam hidup saya. Memang down masa tu," ujarnya kepada mStar.

Posting Shukri yang tular di Twitter.

Enggan berterusan berduka akibat gagal mencari kerja, dia yang mesra disapa Shukri mengambil keputusan untuk menjadi runner bagi perkhidmatan penghantaran.

Terbaharu, dia turut membuat hebahan mengenai khidmat yang ditawarkan menerusi Twitter sehingga ia menjadi tular.

Dalam posting berkenaan, ramai yang bersimpati, tak kurang juga memberikan sokongan moral buat Shukri.

Saya pun nak cari kerja tetap, runner ni sementara waktu sahaja.

MUHAMMAD SHUKRI MAT SALLEH

"Ada yang cadangkan saya buat GrabFood atau Foodpanda. Tapi mak saya tak bagi, sebab abang sulung pernah meninggal dunia kemalangan motosikal pada 2017.

"Restu ibu sangat penting. Saya tak berani lawan, saya faham ibu bimbang. Kalau saya buat khidmat runner dengan motor mesti dia bising. Jadi saya buat dengan kereta.

"Sebab itu saya kerja Lalamove dan sekarang buat runner secara persendirian juga. Alhamdulillah selepas viral rezeki bertambah.

"Selain orang yang nak guna khidmat saya, ramai juga yang mesej mengenai maklumat tawaran kerja.

Shukri bersyukur dengan reaksi yang diterima khususnya menerusi Twitter sehingga membuka rezeki buatnya.

"Saya pun nak cari kerja tetap, runner ni sementara waktu sahaja. InsyaAllah kumpul duit, tahun depan nak sambung belajar pula," katanya.

Menurut Shukri lagi, khidmat runner yang ditawarkannya bermula harga serendah RM1 bagi 1 kilometer (km) tapi jarak minima.

"Saya buat perkhidmatan serendah RM1 bagi 1 km. Sekurang-kurangnya saya boleh cari rezeki daripada duduk di rumah tak buat apa-apa.

Shukri merupakan lepasan bidang Sains Komputer.

"InsyaAllah boleh simpan duit dan bantu keluarga juga," ujar anak kepada pemandu lori itu.

Kata Shukri, dia menjalankan khidmat runner di sekitar Shah Alam dan mengakui syukur dengan segala respon positif diterimanya di Twitter.

Sehingga kini, posting Shukri di Twiter turut menerima hampir 12,000 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
diploma, runner, UiTM, peluang kerja, rider, runner

Artikel Lain