suria

Bapa 2 anak akui mental breakdown, tak tidur malam tunggu result ujian Covid-19... akhirnya sah positif 5 hari lepas rakan pejabat - “Anak, isteri negatif... sujud syukur saya!”

Abdul Fatah Firdaus berkongsi pengalaman sebagai seorang pesakit Covid-19 untuk memberi mesej kepada masyarakat agar lebih memahami wabak berkenaan.

MENDENGAR mengenai peningkatan kes Covid-19 saban hari di media sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita merasa gerun, apatah lagi bagi individu yang dijangkiti wabak tersebut.

Tidak pernah terfikir Covid-19 akhirnya hinggap menjangkiti diri, lelaki ini bagaimanapun kekal positif dan mahu menyebarkan mesej kepada masyarakat agar lebih memahami mengenai wabak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima bulan dikelilingi pesakit Covid-19, baru kini doktor dedah perkataan ‘lumpuh’ paling ditakuti barisan frontliners - “Kami menangis...”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman terburuk... mangsa Covid-19 kongsi pengalaman dikuarantin, paling cemas sukar tarik nafas panjang

Berkongsi cerita dengan mStar, Abdul Fatah Firdaus Abu Hanipah berkata dia disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu, selepas salah seorang rakan sepejabatnya dikesan positif untuk wabak tersebut beberapa hari sebelumnya.

Menurut lelaki berusia 30 tahun itu, sebelum disahkan menghidap wabak berkenaan, dia mengalami beberapa gejala yang ketara.



Anak sulung Abdul Fatah Firdaus, Ali yang berusia 3 tahun memeluk erat kakinya sebelum dia dibawa ke hospital.

"Hari Selasa, kawan sepejabat dikesan positif. Hari Rabu saya pergi buat swab test. Keputusan tak dapat setelah dua hari swab test.

"Simptom makin terasa seperti sakit sendi, berpeluh, penat dan batuk. Hari Sabtu saya pergi swab test sekali lagi.

"Hari Ahad keputusan keluar dan saya disahkan positif Covid-19 dan pada hari sama, saya dibawa ke Hospital Sungai Buloh," kata bapa kepada dua cahaya mata berusia tiga tahun dan tiga bulan.

Sementara nak tunggu keputusan ujian keluar, memang cuak gila. Tak boleh tidur. Memikirkan anak isteri dan berharap setinggi harap supaya mereka tak terjangkit.

ABDUL FATAH FIRDAUS ABU HANIPAH

PESAKIT COVID-19

Tambah Abdul Fatah Firdaus, dia dapat menjangkakan bahawa dia turut dijangkiti wabak berkenaan memandangkan mengalami beberapa gejala yang agak ketara, termasuk hilang deria bau dan rasa.

"Jadi, saya dah terima dengan hati terbuka yang saya positif Covid-19 walaupun berat untuk terima.

"Sementara nak tunggu keputusan ujian keluar, memang cuak gila. Tak boleh tidur. Memikirkan anak isteri dan berharap setinggi harap supaya mereka tak terjangkit.

"Saya sendiri kalut kerana saya yang mengalami dan tak pernah baca pengalaman orang. Namun sejak awal tahu ada kes positif di pejabat, saya sudah melakukan kuarantin kendiri.

"Tidur bilik lain. Pakai mask dalam rumah. Sembur sanitizer dalam rumah. Tak peluk cium ahli keluarga. Tak duduk dekat. Tak lepak menonton televisyen. Mental breakdown sebab anak ajak bermain tapi kita terpaksa katakan tidak. Alhamdulillah mereka semua negatif... sujud syukur saya," katanya yang menetap di Ampang, Selangor.



Kedua-dua anak Abdul Fatah Firdaus turut perlu menjalani ujian swab.

Memasuki hari kelima ditempatkan di Hospital Sunga Buloh, Abdul Fatah Firdaus turut berkongsi serba ringkas rutin ketika berada di sana.

"Kerana saya dikira sebagai minimum dan tidak kritikal, doktor pantau dan periksa setiap pagi dan malam. Ambil darah, tekanan darah dan suhu. Lain orang mungkin lain rawatan. Saya baru lepas diberi ubat batuk sebab batuk kuat," katanya yang merupakan kakitangan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tidak menyangka perkongsian pengalamannya menjadi tular di media sosial, Abdul Fatah Firdaus dalam masa yang sama berharap agar masyarakat bukan sahaja mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan, malah menerapkan pemahaman mengenai wabak tersebut.



Abdul Fatah Firdaus bersyukur isteri dan dua anaknya disahkan negatif Covid-19.

"Saya nak orang yang positif Covid-19 dan rakan sekeliling, tak mudah kalut kalau dikesan positif.

"Sebab berdasarkan pengalaman saya, orang sekeliling akan mudah jadi panik dan bertanya sejuta soalan kepada pesakit dan keluarga pesakit sedangkan kami pun tak ada jawapan yang dimahukan.

"Sebolehnya bantu keluarga pesakit dan bukan sekadar sembang di WhatsApp seperti orang paling baik tapi tak berbuat apa apa. Datangkan empati bersekali simpati," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain