suria

Ibu panik lihat darah mencurah-curah... saat berpaling lampu hempap anak 11 bulan, kaca terpacak di dahi! - “Serik, nak tidur elak bawah lampu, kipas”

Seorang ibu berkongsi insiden ngeri yang menimpa bayinya apabila sebatang lampu pendaflour jatuh dari siling. Foto: Facebook Nadiah Hashim

"DAHI dia ada kaca besar terpacak, serpihan halus merata kat atas kepala, muka, dalam telinga. Darah keluar macam air"

Demikian kata Nur Natasha Nadiah Hashim mengimbas kembali insiden ngeri yang menimpa anak sulungnya apabila sebatang lampu pendaflour secara tiba-tiba jatuh dari atas siling dan menghempap bayinya.

Sungguhpun tragedi itu hampir genap tiga tahun lalu, namun ia seolah-olah terlayar di depan mata sehingga meninggalkan trauma kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Imbau saat bayi 3 bulan tersenyum di OT, ibu tak lupa 4 pembedahan dilalui anak dilahirkan sumbing - “Kalau nangis jahitan terbuka, dekat setengah tahun kami tidur berjaga-jaga”

ARTIKEL BERKAITAN: “Beruk tu nak dukung anak saya” - Berlubang dahi diserang monyet liar, ibu menggigil saksi anak nyaris dibawa lari masuk hutan

Mengimbas kembali tragedi yang berlaku pada tanggal 17 Oktober 2017, wanita ini yang senang disapa Nadiah berkata sewaktu kejadian, dia baharu selesai memandikan bayinya, Dayangku Hana Zulaikha Awang Abdul Aziz yang ketika itu berusia 11 bulan.

"Kami memang tidur bentang tilam di ruang tamu kerana takut anak jatuh katil. Petang, selepas mandikan Hana, saya baringkan dia. Toleh ke belakang sekejap sebab nak capai baju tidur dia.



Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan kaca yang terbenam di dahi bayi ini.

"Masa mula-mula lampu tu jatuh, bunyi memang kuat. Saya sangka arah bunyi dari dapur. Bila toleh ke depan rupanya casing lampu hempap Hana. Kaca bersepai sekeliling. Casing lampu tu bengkok.

"Sebelum ni lampu elok je melekat di siling, takde tanda-tanda nak jatuh. Hana terdiam. Saya terus angkat, terkejut tengok dahi dia ada kaca besar terpacak, serpihan halus merata kat atas kepala, muka, dalam telinga. Darah keluar macam air," katanya kepada mStar.

Menurut wanita berusia 31 tahun ini, dia tergamam dan terus menjerit kerana terlalu panik melihat darah yang mencurah-curah daripada dahi bayinya.

Semestinya trauma. Seumur hidup. Sekarang pun kami pakai stand fan dan lampu semua tukar kepada bulb kecil je. Tak berapa terang pun tak apa lah janji risiko kurang.

NUR NATASHA NADIAH HASHIM

IBU

"Dia terdiam... bila saya jerit dan angkat dia tu baru dia menangis. Saya dah macam orang kurang siuman tengok keadaan anak mandi darah. Dengan kaca besar terpacak di dahi.

"Nasib baik saya tak buka lampu masa tu. Kalau tak, dengan keadaan lampu panas, lagi teruk keadaan.

"Menjerit panggil suami, menangis. Suami pegang bahu saya dan minta saya jangan panik, bertenang. Selepas tu baru saya okay sikit," kata ibu kepada dua cahaya mata ini.



Bayi ini terpaksa menerima beberapa jahitan di dahi.

Menurut Nadiah, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kaca yang terbenam di dahi anaknya.

"Doktor tunjuk serpihan kaca yang terbenam dalam dahi. Besar juga. Ada tiga kaca. Alhamdulillah sepanjang recovery tu Hana kuat," cerita suri rumah ini mengenai anaknya yang kini bakal menjangkau usia empat tahun.

Insiden tersebut jelas meninggalkan trauma yang bukan sedikit, sehingga Nadiah dan suaminya mengambil keputusan untuk membuat 'perubahan' besar agar ianya tidak berulang.



(Kiri) Insiden menimpa Hana ketika dia berusia 11 bulan, (kanan) Hana kini menjangkau usia empat tahun.

"Semestinya trauma. Seumur hidup. Sekarang pun kami pakai stand fan dan lampu semua tukar kepada bulb kecil je. Tak berapa terang pun tak apa lah janji risiko kurang.

"Memang serik. Sampaikan kalau nak tidur memang elak bawah lampu dan kipas. Kami tidur bentang tilam je kat ruang tamu.

"Pengajaran yang saya dapat, usahalah sebaik mungkin untuk mencegah apa-apa kemalangan daripada terjadi. Tapi sekiranya Allah takdirkan, terima dengan sabar, reda, dan pasti ada hikmahnya," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain