suria

Hairan sikap makcik gerai terlalu berkira walau hanya berbaki sekeping kuih, Uncle Kentang terus tak jadi sedekah - “Kerugian makcik... tak pandai tambat hati saya”

Uncle Kentang berkongsi kisah seorang peniaga gerai yang bersikap terlalu berkira. Gambar hiasan

PASTI kita biasa mendengar, tidak akan miskin seseorang sekiranya bersedekah.

Amalan bersedekah bukan sahaja amat digalakkan kepada golongan yang kurang mampu, namun tidak ada salahnya ia dilakukan untuk tujuan lain contohnya mengelakkan pembaziran, sebagai tanda mengucapkan terima kasih, mengeratkan hubungan silaturrahim dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Memang ramai tertanya-tanya, akhirnya Uncle Kentang buka kisah sedih yang lama disimpan - “Wajah ayah kaku di bangku panjang, ditutup tikar mengkuang”

ARTIKEL BERKAITAN: Uncle Kentang luah perasaan... puji Melayu sambil imbau kisah ayah diterima baik walau bergelar pendatang - “Biar aku notakan sebelum pulang ke kubur”

Bagi mereka yang berniaga makanan, ada masanya terdapat lebihan hasil jualan, justeru tidak salah jika sekali sekala bersedekah kepada pelanggan mereka.

Namun ada juga peniaga yang terlalu menitikberatkan keuntungan ataupun bersikap terlalu 'berkira' sebagaimana perkongsian aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Menerusi satu coretan di Facebook, Uncle Kentang bercerita mengenai pengalamannya membeli sarapan di sebuah gerai.

"Saya pi beli kuih. Saya minta dua kuih. Dalam bekas kuih ada sekeping kuih hanya tinggal. Makcik pun dah berkemas untuk tutup gerai. Makcik ini tak pandai niaga.

"Yang sekeping kuih itu patut sedekahlah kat saya, tak payahlah lokek. Kalau makcik automatik sedekah sekeping kuih yang tertinggal tu pada saya, pasti sah saya akan beri duit lebih kepada beliau sebagai sedekah saya pada makcik kuih," tulisnya pada perkongsian tersebut.



Uncle Kentang aktif dengan aktiviti kebajikan terutama pengurusan jenazah masyarakat Islam.

Uncle Kentang yang aktif melakukan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan berkata, sikap peniaga tersebut mencerminkan imej yang kurang cantik sekaligus mampu memberi kesan kepada perniagaannya.

"Kerana makcik berkira sangat, maka saya pun tak minat nak sedekah kepada makcik duit lebih. Kerugian makcik, tak dapat tambat hati saya. Saya tak akan pilih gerai makcik pada masa depan kerana hati dia lokek... tak pandai berniaga," ujarnya.

Uncle Kentang turut membuat satu contoh perbandingan sebagai renungan bersama mengenai kelebihan bersedekah.



Sungguhpun sering terlibat dalam pengurusan jenazah masyarakat Islam, Uncle Kentang tidak pernah memilih bulu dalam menghulurkan bantuan.

"Tanya diri sendiri mengapa Makcik Kiah jual nasi lemak dua jam sudah beres. Mengapa kita jual nasi lemak dari pagi hingga pukul 12 tengah hari masih ada separuh tong?

"Punca untuk laris berniaga adalah bersedekah, ingat tu," katanya lagi.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih melebihi 200 shares, malah ia turut dihujani dengan komen netizen yang memuji Uncle Kentang kerana lebih arif mengenai kelebihan sedekah sungguhpun berbangsa Cina.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain