suria

Siang tapi seram! Kanak-kanak berkelakuan pelik di kedai makan timbul tanda tanya, ibu dengar suara sendiri menangis dalam tandas - “Dia tunjuk-tunjuk dengan jari, saya pun takut”

Video kanak-kanak ini berkelakuan aneh tular di media sosial.

RAKAMAN memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang tiba-tiba berkelakuan aneh di sebuah kedai makan di Pulau Pinang menjadi bualan ramai netizen.

Dikongsi di YouTube oleh Nur Maisarah Afiqah Rusmadi, 24, video melibatkan anak saudaranya itu turut tular di media sosial sehingga menjadi perdebatan ramai.

Dalam rakaman tersebut, mata-mata kanak-kanak yang mesra disapa Mia itu dilihat terbeliak dan liar memandang sekitar kedai, seolah-olah sedang melihat sesuatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagai nak luruh jantung... 3 remaja terserempak entiti seram pukul 1 pagi, salah seorang hampir demam terkejut - “Sampai ke tempat tu, dah tak ada”

ARTIKEL BERKAITAN: Berani! Jam 1 pagi pelajar UiTM gesek biola lagu Pontianak Harum Sundal Malam, budak umur 6 tahun nampak kelibat sedang marah

Menurut Maisarah, dia bagaimanapun enggan mengaitkan video di kedai makan itu dengan unsur 'pelaris' sebagaimana komen-komen yang diberikan oleh netizen.

"Masa tu kami berada di sebuah kedai makan. Mata dia terbeliak dan meliar macam nampak sesuatu.

"Dia jadi macam tu sejak dia mula pandai bercakap, sekitar setahun lalu. 90 peratus komen netizen cakap kedai tu ada pelaris.

Maisarah bersama anak saudaranya, Mia.

"Tapi sebenarnya Mia boleh jadi macam tu di mana-mana je termasuk di rumah sendiri. Dalam 10 peratus netizen kata mata dia terbuka hijab," ujarnya kepada mStar.

Menurut Maisarah yang menetap bersama keluarga kanak-kanak itu di Bayan Lepas, dia sendiri berasa seram setiap kali perlu berdepan dengan situasi seperti itu.

Malah katanya, dia serta kakaknya akan memasang bacaan al-Quran di kediaman setiap kali kanak-kanak itu mula berperangai aneh.

"Kejadian di kedai tu bukan kejadian pertama. Kadang-kadang dia nangis dari malam sampai pagi. Mata jadi naik atas, dia tunjuk-tunjuk dengan jari. Saya pun takut.

Kakak saya (ibu Mia) pun selalu dengar ada benda macam ikut dia, dengar macam suara sendiri menangis dalam toilet.

MAISARAH

"Biasanya kami akan peluk dia dan terus pasang bacaan al-Quran. Kakak saya (ibu Mia) pun selalu dengar ada benda macam ikut dia, dengar macam suara sendiri menangis dalam toilet.

"Tapi bukan selalu, Mia pun jadi macam tu dalam sekali seminggu," dedahnya lagi.

Dalam pada itu, Maisarah berkata keluarga kakaknya belum lagi menemui mana-mana pengamal perubatan untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai situasi kanak-kanak itu.

Di YouTube, video seram yang dikongsinya itu sudah pun menerima lebih 90,000 tontonan.

Kata Maisarah, dia mengharapkan yang terbaik buat anak saudaranya itu dan berdoa agar dia kembali pulih seperti biasa.

Maisarah berkongsi rakaman itu di YouTube sehingga menerima lebih 90,000 tontonan.

Berikut antara komen yang ditinggalkan di YouTube berhubung video kanak-kanak itu.

"Pergi mana-mana ustaz yang pandai, tutupkan hijab dia. Budak-budak kebanyakannnya boleh nampak.

"Remang bulu roma. Benda tu ada. Yang korang makan kat situ buat apa?

"Dia lahir dengan mata batin terbuka ke?" tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain