Uncle Kentang luah perasaan... puji Melayu sambil imbau kisah ayah diterima baik walau bergelar pendatang - “Biar aku notakan sebelum pulang ke kubur”

Uncle Kentang berkongsi cerita mengenai sikap orang Melayu yang menerima baik kedatangan bapanya ke tanah air berpuluh-puluh tahun lalu.

MESKIPUN dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina, namun Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang tidak pernah 'pilih bulu' dalam menyalurkan bantuan.

Mana-mana individu atau keluarga yang kurang berkemampuan sama ada daripada bangsa Melayu, India mahupun bangsanya sendiri, Uncle Kentang antara individu yang terawal tampil.

Itulah yang dilakukannya sejak bergerak aktif dalam aktiviti kebajikan beberapa tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Memang ramai tertanya-tanya, akhirnya Uncle Kentang buka kisah sedih yang lama disimpan - “Wajah ayah kaku di bangku panjang, ditutup tikar mengkuang”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kira agama, Uncle Kentang bantu urus kebumi jenazah menjelang 1 Syawal termasuk bayi 5 bulan dah 14 hari meninggal dunia! Ramai doakan dapat hidayah

Jika disoroti perkongsiannya di laman Facebook, Uncle Kentang banyak membantu mempermudahkan urusan pengebumian orang Islam yang kurang berkemampuan, terutama urusan penghantaran pulang jenazah.

Rupa-rupanya, ada cerita mengapa lelaki ini begitu bersungguh-sungguh terlibat dalam aktiviti kebajikan, khususnya membabitkan masyarakat Melayu.



Posting Uncle Kentang mengenai kisah bapanya di Facebook.

"Saya berterima kasih kepada Melayu, asalnya Melayu orang yang sangat mulia dan tiada niat jahat. Ini kisah benar. Ayah saya Kuan Mui Hong belayar dari negara China naik kapal berminggu baru sampai ke Nanyang (Malaysia). Beliau terus pilih Batu Pahat sebagai tempat landing kerana dekat dengan laut.

"Saya ingin perjelaskan keikhlasan Melayu menerima pendatang yang merantau ketika itu... saya sungguh terharu pasal bab ini. Ayah saya diterima baik.

"Saya sangat berterima kasih kepada orang asal dan orang Melayu yang telah menerima ayah saya untuk memilih negara ini sebagai negara yang ayah saya yakin ada masa depan untuk anak beliau," tulisnya menerusi satu perkongsian terbaharu di laman Facebook.



Uncle Kentang tidak memilih bulu ketika menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Tulis lelaki ini lagi, dia rasa terpanggil untuk berkongsi kisah berkenaan kerana mahu semua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni walaupun berbeza fahaman politik.

"Saya buat nota ini dari hati saya kerana tak mau kita bergaduh dan salah sangka. Kalau Melayu tak suka Cina, lama dah kita tak dapat landing di Tanah Melayu ini.

"Jadi tiada perbalahan sebenarnya berlaku... hanya mereka yang kini suka berpolitik mencari pasal," tulisnya.

Tambah Uncle Kentang, dia sedar kebanyakan pihak tertanya-tanya tindakannya yang aktif menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa sungguhpun bukan bergelar ahli politik mahupun individu kenamaan.

Sehingga kini saya akan kenang jasa sampai akhir hayat saya... saya tulis ini untuk di tinggalkan kepada anak anak saya agar hidup berharmoni di tanah yang bertuah ini, Malaysia.

UNCLE KENTANG

AKTIVIS KEBAJIKAN

"Ramai akan rasa saya pelik dan janggal. Tapi biarlah aku notakan kebaikan orang Melayu sebelum aku pulang ke kubur aku agar kita faham sejarah lampau... agar kita menaikkan semula jalinan kasih yang kita ada dulu, kini dan seterusnya.

"Melayu semua baik baik belaka.... India pun baik baik belaka buat railway, jalan dan bertungkus lumus buat estet dan lain lain. Terima kasih pada orang Melayu asal yang memberi peluang pada ayah saya.



Uncle Kentang sering turun padang membantu urusan penghantaran jenazah.

"Sehingga kini saya akan kenang jasa sampai akhir hayat saya... saya tulis ini untuk di tinggalkan kepada anak anak saya agar hidup berharmoni di tanah yang bertuah ini, Malaysia.

"Saya janji saya akan sumbangkan apa jua yang sama mampu untuk Malaysia," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 4,600 shares.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Uncle Kentang, Melayu, jasa, ayah, pendatang, China

Artikel Berkaitan

Artikel Lain