suria

“Aku tak nak dia terlepas hari kematian aku” - Meruntun hati... ibu jauh di Boston ‘teman’ anak sedang nazak, ajar mengucap melalui video call

Perkongsian seorang pembantu perubatan mengenai kisah pemergian seorang pesakitnya benar-benar menyentuh hati netizen.

MATI itu pasti tapi bersediakah kita? Perkongsian seorang pembantu perubatan mengenai kisah pemergian seorang pemuda tanpa kedua ibu bapa di sisi saat menghembuskan nafas terakhirnya benar-benar meruntun hati.

Lebih menyedihkan kedua-dua ibu bapa pesakit hanya dapat menemani anak sulung mereka itu ketika sedang nazak sehinggalah jenazahnya dimasukkan ke liang lahad menerusi panggilan video.

Menurut Mohamad Sazriman Parman, kisah tragis itu menimpa seorang pesakitnya yang meninggal dunia kira-kira pukul 11.15 malam Jumaat lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 masih lagi dilaksanakan di negara kita akibat kegagalan fungsi hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Baby ‘tunjuk diri’ selepas 3 hari kematian bapa, isteri terkejut suami rupa-rupanya ada ‘instinct’ - “Hari-hari dia paksa saya check”

ARTIKEL BERKAITAN: “Hospital Melaka pun saya boleh mati” - Sanggup ‘gaduh’ dengan doktor nak keluar wad, bapa bagai tahu tempat hembus nafas terakhir

“Pesakit saya ni dah nazak dan family dia duduk jauh. Mak dia bekerja di Boston, Amerika Syarikat. Dia hanya ditemani dua adiknya sepanjang tempoh kritikal itu.

“Memandangkan saya tinggal dekat Subang Jaya, jadi saya pun terima kes ni. Memang family dia minta untuk ada orang jaga dia hingga saat terakhirnya.

“Lagipun dia minta nak meninggal di rumah. Alhamdulillah urusan pengebumiannya dipermudahkan walaupun PKP masih dijalankan” katanya kepada mStar.


Man memegang dua telefon bimbit bagi membolehkan ibu dan ayah pesakitnya menyaksikan proses pengebumian anak kesayangan mereka menerusi video call.

Jelas pemuda berusia 26 tahun itu, dia turut sebak menyaksikan pengalaman pertama kali dilaluinya itu.

“Mak dia selalu call dan video call arwah bagi support dari jauh.  Mak dia nak sangat balik tapi AS lockdown, kita pula PKP. Jadi memang tak ada pilihan.

“Tapi tiga hari terakhir tu arwah tak dapat cakap jadi mak dia selalu tanya update dari saya. Ada masa mak dia nangis. Boleh dikatakan sehari ada lima, enam kali dia nangis dalam phone.

“Paling menyedihkan ketika arwah nazak, mak dia mampu tengok dari phone je. Dengarlah mak dia cakap mengucap nak… mengucap. Waktu tu memang sedih sangat,” katanya.

Tapi tiga hari terakhir tu arwah tak dapat cakap jadi mak dia selalu tanya update dari saya. Ada masa mak dia nangis. Boleh dikatakan sehari ada lima, enam kali dia nangis dalam phone.

MOHAMAD SAZRIMAN PARMAN

PEMBANTU PERUBATAN

Bagaimanapun Mohamad Sazriman atau lebih mesra disapa Man berkata dia amat kagum dengan semangat pesakitnya yang berjuang melawan penyakitnya itu sehingga nafas yang terakhir.

“Arwah tak cerewet. Biasanya orang sakit tak nak makan ubat tapi dia akan makan ubat untuk bertahan.

“Dia pernah kata ‘aku kena bertahan juga sampai habis PKP sebab nak sangat mak aku tengok aku sebelum aku pergi. Dapat spend time sekejap jadilah.

“Aku tak nak dia terlepas hari kematian aku. I will not let it happened because I’m a fighter. Dari apa yang saya nampak semangat dia terlalu kuat tapi dia tak dapat bertahan,” katanya.

Kedua-dua ibu bapa arwah hanya dapat menemani anak sulung mereka itu ketika sedang nazak sehinggalah jenazahnya dimasukkan ke liang lahad menerusi panggilan video.

Mengenai tweetnya itu, Man berkata dia tidak menduga ia mendapat perhatian ramai dan sekadar berkongsi kisah tragis itu kerana mahu orang ramai menghargai keluarga masing-masing.

“Sepanjang PKP ni selalu je kita dengar ramai orang luah rasa bosan sebab tak dapat keluar rumah. Jadi apa kata luangkan lebih banyak masa dengan keluarga ketika ini. Boleh jadi itulah peluang terakhir kita bersama mereka.

“Jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Mak ayah pesakit hanya tengok dan menangis dalam video call saat anak mereka dimandikan dan dikebumikan.

Man (kanan) merupakan seorang pembantu perubatan.

“Alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan awal pagi Sabtu lalu. Semuanya dipermudahkan. Permintaan ibunya agar jenazah dikebumikan dekat rumah mereka di Bukit Kiara turut dimakbulkan,” katanya.

Kisah perkongsian Man di Twitternya mendapat 20,700 ulang kicau dan 21,800 tanda suka.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan simpati dengan nasib arwah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain