Peniaga ‘kritikal’! Dakwa pesakit Covid-19 sembuh selepas 8 hari minum produk mereka - “Saintis tak tidur malam, kau sedap je cari untung”

Iklan produk minuman itu di Facebook ternyata menimbulkan kemarahan ramai.

DALAM kebimbangan rakyat negara ini berdepan wabak Covid-19, ada pula pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan atas situasi getir yang dihadapi ketika ini.

Umum sedia maklum bahawa saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia masih lagi giat mencari penawar wabak itu, namun peniaga produk tempatan mendakwa dua pesakit positif Covid-19 telah sembuh selepas mengamalkan minuman keluaran mereka.

"Alhamdulillah dah ada dua orang yang positif Covid-19 sembuh selepas minum **** **** ***** selama lapan hari," tulis seorang individu di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengerusi surau korban ke-11 Covid-19, meninggal Ahad malam

ARTIKEL BERKAITAN: 
Kakitangan Hospital Teluk Intan positif Covid-19

Posting itu ternyata mengundang perdebatan ramai sehingga ia turut tular di Twitter.

Turut memberi respon, pakar perunding nefrologi, Dr Rafidah Abdullah yang menegur peniaga berkenaan menerusi laman media sosial sama.

"Ini adalah saat kritikal. Tergamak orang menipu," ujarnya sehingga menerima lebih 1,100 ulang kicau (Retweet).

Posting yang ditularkan di Twitter.

Menurut peniaga berkenaan, produk itu mengandungi vitamin C semulajadi daripada buah camu-camu yang disifatkan sebagai buah kedua mempunyai kandungan vitamin c paling tinggi di dunia.

Beberapa pengedar atau stokis yang lain turut memuatnaik iklan promosi sama, dengan menggunakan testimoni dua pesakit Covid-19 yang didakwa telah sembuh.

Ini adalah saat kritikal. Tergamak orang menipu.

DR. RAFIDAH ABDULLAH

PAKAR PERUNDING NEFROLOGI

Di Twitter misalnya, netizen meluahkan rasa kesal atas promosi iklan berkenaan yang didakwa tidak bertanggungjawab dan tidak selari dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saintis setiap negara tak tidur malam tau cari vaksin, engkau sedap je cari keuntungan, pergi makan kismis tu.

Dr. Rafidah Abdullah.

"Iklan macam ni kalau termasuk dalam group WhatsApp mak--mak, mereka akan percaya tau. Jadi tolonglah jangan memandai je.

"Doktor, nurse kat hospital susah payah, tak tidur, tak cukup rehat nak rawat mangsa. Dia senang-senang claim produk dia. Stress!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain