Kakitangan Hospital Teluk Intan positif Covid-19

Hospital Teluk Intan.

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat beberapa kakitangan perubatan Hospital Teluk Intan (HTI) positif COVID-19.

Tanpa menyatakan jumlah kakitangan yang positif wabak itu, Dr Noor Hisham berkata langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil dengan segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan di HTI. 

"Pihak pengurusan HTI telah mengambil tindakan pengawalan yang rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak serta tindakan pencegahan untuk meminimumkan pendedahan terhadap kakitangan hospital dan ia menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangkitan positif COVID-19 dikenal pasti, " katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial menyatakan HTI lumpuh disebabkan enam kakitangan perubatan positif COVID-19. 

Dr Noor Hisham turut menggesa orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita tidak sahih kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.

Katanya untuk sebarang maklumat berkenaan COVID-19 boleh merujuk Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel [email protected]

Setakat 12 tengah hari Ahad, terdapat 66 kes positif COVID-19 direkodkan di Perak. - BERNAMA

Hospital Teluk Intan, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain